Blogger Layouts

Pages

28 Oktober, 2008

Assalamualaikum.. apa khabar semua..hihi.. lama tak masuk blog.. sibuk sangat.. kesihatan tak mengizinkan lagi.. semua tu menjadi penyebab..tapi di kala kesempatan ni ble la nak citer2 skit ape2 yg berlaku sepanjang bulan ni..hurm.. lepas raye aritu.. balik kampus.. then rbi ajak aku g genting.. waa.. same budak2 konvo.. aku yang pernah pegi ni tak kan lepaskan peluang yang ade .. Huahuahua..hurm,..Memang bes.. Antara dak pempuan yang pegi..akus, idah, rbi, nadiah, huda, niswatin, mun, nnnnnnnnn luper la plak.. laki plak.. nazmi.. rahman.. ezrey.. adi.. syafiq.. perdaus.. ahaks.. huhu..tak nak citer panjang2..teruskan perjalanan..

Apa yang aku tau.. sepanjang perjalanan memang kecoh.. bising tahap cipan.. budak2 ni memang riuh.. tapi penakut.. haha. sebab ape aku kate penakut.,..!!!







Buktinye.. aku naik semua permainan.. temasuk yang dahsyat ni,, tapi yang laki tak nai.. hakhak..apee daaa.. alasan diorang.. peningla.. tak berani la..memangla takut.. tapi kenala hadapi cabaran kan..



















Sebenarnye..banyak lagi gambar yang bes-bes nak download..tapi ntah kenapa tak leh nak download banyak2.. lain kali la kalau sempat..aku terpaksa pinjam kamera rbi memandangkan kamera aku hilang..sayang sangat... tapi nak buat macamana dah takde rezeki..Ntahla..aku takde mood langsung nak menaip ni..










Hurm..aku tension sekarang.. Alhamdulillah.. 2 hari ni aku bertambah sihat.. Tak macam hari2 sebelum nya.. Aku dah tak perlu guna alat tu lagi.. Sakit.. Lepas balik Genting aku demam teruk...Mak ayah risau giler.. aku dah tak boleh bangun.. tapi..ntahla.. cerita lama..malas nak ungkit dah.. tu je citer kali ni..bye2

30 Ogos, 2008

Aku baru balik dari Dewan Gemilang. Esok adalah hari kemerdekaan Malaysia yang ke 51. So, Ukm buat satu program, kalau bukan sebab ambil kedatangan ko-k, sah memang aku tak pegi.. haha.. tadi Pun aku pegi sekejap je, baru je setengah jalan berlari aku terus blah... Balik HUssin dan makan dengan kak NA.. Baik betul aku arini.. Dalam hati memang nak berlari sampai habis, tapi takde member yang memberi dorongan.. Lupe ambil gambar.. Lain kali ambik.. K..Da da...

24 April, 2008

Anak

Sanggupkah Kita Buat Begini?' Ustaz, saya ingin bertanya.. Saya menjaga ibu saya yang uzur... Saya membasuh kemaluan ibu saya.. Bagaimana dengan puasa saya...'Ustaz bertanya 'Adakah saudara sudah berkahwin?'Pemanggil menjawab 'Belum Ustaz' Ustaz menjawab 'Palingkan muka kearah lain semasa membasuh kemaluan ibusaudara'...
Setelah talian putus, kedua-dua Ustaz dan DJ radio memuji-muji kesabaran jejaka pemanggil itu. Saya menitiskan airmata mendengar perbualan itu dan berfikir sungguh beruntunglah siibu yang melahirkan jejaka itu. Alangkah bertuah nya si-isteri mendapat jejaka itu sebagai suaminya.Kisah ini berlaku hampir 1 tahun yang lalu, seorang ibu tua dibawa oleh anak lelakinya yang tinggal di bandar menziarahi ahli keluarga di sebuah kampung.Sekembali dari tempat ziarah, si ibu kelihatan terkocoh-kocoh, pantas berlari keluar dari kereta. Langkahnya agak tergopoh-gopoh menaiki anaktangga rumah. Fikir si anak yang masih belum sempat menarik handbrakekeretanya, pasti si ibu bergegas untuk segera menunaikan solat Maghribkerana azan telah berkumandang di surau yang berdekatan. Tapi bila dia mula menjejaki anak tangga, 'Subhanallah! 'Si anak terkejut melihat najis bejejeran di anak tangga dan dilaman rumah.'Mak sakit perut rupanya,' bisik hatinya. Tanpa berlengah segera disinsingnya lengan baju dan kaki seluar. Najis disodok dan dibuangkan.Getah paip ditarik lalu dialirkan air menuruni anak tangga.Ibu yang sudah selesai membersihkan diri dan solat Maghrib terkocoh-kocoh sekali lagi menanggalkan telekung, mencapai baldi dan gayung dalam langkah yang terhencut-hencut cuba menuruni anak tangga.Terpana si ibu di muka pintu melihat anak-anak tangga sudah dimop bersih,seperti hilang akal sejenak. Tak sembahyang Maghrib ke?' Tanya ibu kepada sianak dalam keadaan serba-salah. Tak apalah mak, saya musafir, Maghrib tu dijamak takhir dengan Isyak nanti.' Si ibu tak terkata apa. Tangan kanan masih memegang baldi. Tangan kiri pula memaut grill pintu. Matanya terus memerhatikan si anak, dalam hati penuh sebak dan keharuan, mengucap puji syukur pada Allah kerana anak yang diasuh dari sebesar dua tapak jari,dicucikan najisnya setiap hari itu, buat pertama kalinya menyucikan najis ibunya pula hari ini.'Ya Allah! begini mulia rahmatmu mengurniakan hamba mu ini anak yang soleh,dia mengenang jasa Ya Allah! dan membalas budi, aku bersyukur padamu.... aku bersyukur pada mu Ya Allah!' sempat si ibu memanjatkan doa dalam hati.Terasa benar maruahnya dihargai, tawadhuk sungguh mengecapi nikmatkasih....... Rentetan dari peristiwa itu, dapat dilihat keberkatan dalam hidup si anak kerana apa saja kerja yang dibuat terasa dipermudahkan oleh Allah. Inilah yang dikatakan keberkatan memuliakan insan yang dimuliakan oleh Allah SWT.
Hadis Nabi saw:'Hinalah umatku, hinalah umatku, dimana dalam sisa usia orang tua mereka,tidak dimanfaatkan apa-apa untuk meraih rahmat dari Allah SWT'' Manusia memang selalu lalai memperhitungkannya bahawa dia bersalah.Setelah datang malapetaka dengan tiba-tiba dia menjadi bingung, lalumenyalahkan orang lain atau menyalahkan takdir.'*Hukamah*

21 April, 2008

Suamiku


* Sepasang suami isteri yang telah mempunyai 3 orang anak, sedang berbual sambil menonton TV di dalam bilik mereka. Si isteri bertanya kepada suami beberapa soalan.

* Isteri : Bang, kalau saya mati dulu, abang kahwin lagi tak?

* Suami : Abang rasa, abang mungkin kahwin lagi. Kerana, anak-anak kita perlukan orang yang boleh beri perhatian. Makan minum abangpun adalah orang yang sediakan.

* Isteri : Habis, kalau abang kahwin lagi, abang kasi ke dia duduk rumah kita.

* Suami : Yelah. Sebab rumah ni mahal, takkan nak biar kosong macam tu saja?

*Isteri : Abang kasi ke dia guna bilik, kita, toilet kita?

* Suami : Ya yang, sebab takkan abang nak buat bilik lain khas untuk dia. Nanti bilik ni, membazir pulak.

* Isteri : Abang kasi ke dia pakai almari kita?

* Suami : Ye yang, almari kita ada 4 pintu takkan nak bagi org lain pulak.

* Isteri : Abang kasi ke dia pakai katil kita?

* Suami : Terpaksalah yang. Sebab katil kita tu baru saja beli sebulan.

* Isteri : Baju tidur saya, pijama dan towel saya?

* Suami : Takkan itu abang dan bagi kakak & adik awak. Jadi,daripada tak dipakai, lebih baik kalau abang kasi dia saja.

* Isteri : Handbag saya, kasut saya, golf set saya?

* Suami : Itu tak boleh, sebab dia suka handbag warna maroon,kasut dia saiz kecil daripada awak, saiz 5, golf set tak boleh sebab dia kidal...

* Isteri: @#$%????!!!!!

* Suami: (Dalam hati)Alamak!!

Lembu

Seorang lelaki sedang berjalan dengan lembunya.

Lembu. Aku makan rumput. tuan makan apa?

Lelaki. Aku makan nasi. kita tak sama.

Lembu: tuan tidur di mana?

Lelaki. Aku tidur atas tilam. engkau tidur dalam kandang. mana nak sama.tiba- tiba kedengaran azan.

Lembu: itu suara apa?

Lelaki: Seruan azan mengajak bersembahyang.

Lembu: tuan tak sembahyang?

Lelaki: tidak.

Lembu: samalah kita.

Lelaki: ????????????

Hanya Ingin Mengingatkan ...
Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ...
1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan "Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya .....
1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :
1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.
Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur'an :
Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

Talefon

Pernahkah Anda bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengar ini: Terima kasih, Anda telah menghubungi Baitullah".
Tekan 1 untuk 'meminta'.
Tekan 2 untuk 'mengucap syukur'.
Tekan 3 untuk 'mengeluh'.
Tekan 4 untuk 'permintaan lainnya'."

Atau….
Bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:
"Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Tetaplah sabar menunggu. Panggilan Anda akan dijawab berdasarkan urutannya."
Atau, pernahkah Anda bayangkan bila pada saat berdoa, Anda mendapat respons seperti ini:


"Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat,
Tekan 1. Dengan Malaikat Mikail,

Tekan 2. Dengan malaikat lainnya,
Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat Anda menunggu,
Tekan 4. "Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga & neraka,silakan tunggu sampai Anda tiba di sini!!"

Atau mungkin juga Anda mendengar ini : Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah satu kali menelefon hari ini. Silakan cuba lagi esok."
atau…
Pejabat ini ditutup pada hujung minggu. Sila hubungi semula pada hari Isnin selepas pukul 9 pagi."
Alhamdulillah. .. Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat menelefon-Nya setiap saat!!!


Anda hanya perlu untuk memanggilnya bila-bila saja dan Dia mendengar anda.. Kerana bila memanggil Allah,tidak akan pern ah mendapat talian sibuk. Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara pribadi.

Ketika Anda memanggil-Nya, sila gunakan nombor utama ini: 24434
2 : solat Subuh

4 : solat Zuhur 4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya
Atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya, gunakan nombor ini : 28443483
2 : solat Subuh

8 : solat Dhuha
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya
8 : Solat Tahajjud atau lainnya
3 : Solat Witir
Maklumat terperinci terdapat di Buku Telefon berjudul "Al Qur'anul Karim & Hadis Rasul"
Talian terus , tanpa Operator tanpa Perantara, tanpa bil..
Nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah talian hunting yang tak terhingga dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun!!!
Sebarkan maklumat ini kepada orang-orang di sekeliling kita. Mana tahu mungkin mereka sedang memerlukannya


Sabda Rasulullah S.A.W : "Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa- dosanya walau sebanyak buih laut" 7 Kalimah ALLAH:
1. Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap "Astaghfirullah" jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
4.. Mengucap "Insya-Allah" jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap "La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah" sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.
Dari tafsir Hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat. .. mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu… mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.

Huhu.. boring nye bace buku ni.. Rase nak pecah pale den.. Haha.. Tu la ayu..Tapi nape ek? aku tak rase ape2 pon.. Nak pekse takde perasaan ..Eii.dah mati gamaknye ati nie.. Eh..jgn gitu..Aku tak mau.. Ape2 pon.. aku pakse jugak.. Yela.. Duk blaja ni, kena ingat ma ayah skit.. Bukan main ikut sedap je.. Hihi... Ade satu buku lagi tak pulun.. Nasib baikla aku dah penah amik subjek ni dulu kat Kuis.. Ade la ingat skit.. Nak wat pengecualian kredit, de ke patut aku takleh..Habis burn duit aku 100.. banyak tuh! Boleh tanggung aku 2 minggu.. Tapi takpela.. Sekurang2 nye aku ble blaja balik ape yg aku da lupe.. Huhu.


.

Alamak!! Malunye.. Bersepah.. Hahah.. Maafla.. Aku tak sempat nak kemas.. Nanti esok aku kemas ye.. Ni pun aku bukak lap top sebab nak rehat jap sambil post.. Take five dear.. HUHu.. Nanti aku sambung balik.. Susah kan jadi student yang tak berape student ni.. Hihi.. Ala.. relaxla brader.. Sape2 yg studi pulun tu, kalau tak sepah tu tak namenye studi kan.. Huahuhahua ..Sape yg tak mengaku angkat tangan!Haaa.. Semua tak angkat maksudnye die mengaku la tu yg die buat perkara sama je aku wat! yeyeye..Hihi.. Whatever.. Esok pukl 3.3o ptg aku berjuang dlm Dectar.. NAsib baik petang.. Ble aku pulun skit lagi.. Buat sape2 yang bace blog aku ni .Jgn la ikut jejak langkah aku.. n Dont do this at home.. Huahuhu..Ala..jgn main2..Aku dulu duk Kuis pon gini gak gamaknye.. Tapi aku tak miss dekan tau..Tapi tak tau la kat sini camne.. Harap2 aku dpt kekalkan.. Amin.. Doala untuk aku k.. Ok la..Nak sambung studi.. Jumpe lak esok kalo aku rajin.. Bubye...Adios!


Posted by Picasa

19 April, 2008




Salam semua.. rindu Ayu tak?Rindu? Waa.. I miss u too.. Semalam aku dah hafal, paling kurang hafal cerita Jack and The Beanstalk tu.. Hehe.. Berdebar sampai tak leh tdo.. Pagi ni lepas subuh.. Siap2 mandi, gosok2 baju, aku tunggu la kat Panggung Seni... Nak tau.. dasat punye rancangan Madam, buat story telling kat Hulu Langat.. Si Aswad pun satu, tak nak bagitau tempat kat mana, last skali aku malas layan lagi budak ske wat muke bodo tu.. haha..Bas da sampai.. Zumm.. Tak sabar nak pegi..



Hurm.. da sampai.. Welkom to Impian Country Resort!. Aha... First time jejakkan kaki kat situ.. Ala.. Dekat sungai Congkak gak.




Cantik jugak pemandangannya.. Buat aku terpana kejap.. Ramai jugak budak2 sekolah buat program kat situ.. Ala..Tempat glemer kot.. Lagi pun kawasan ni tak jauh dari bandar...
Tapi punyela betul2 lurus kitorang...Ade ke patut g picnic pakai baju kurung... Aku da tau.. Aku tak lurus.. Ahaa..Aku pakai seluar jubah seluar.. kuikui.. Tapi tak kisahla syg oi.. Asal pegi sudah...Kalau bukan sebab subjek yang aku amik dan ada markah tu.. 20 markah tahu.. banyak tu.. Kalau aku tak lulus , kena amik balik sem depan.. Tak mau la..Dah muak jadi org putih celup ni....HAhaha.. Tapi ... memang bes... Madam Harieza..We love u...MMuah..hehe..






Hihi... Baik TUan!! aku salute lu.. hurm.. Dtg2 je ape lagi, aku posing tak macho la..Dah org tak cantik, posing takat mane pon, tetap tak jadi jugak ...Kahkahkah..Ntahla ayu, camne begitu ceria dirimu, sedangkan hatimu terkena bisa yg paling dalam.. Patutnye dah duk melepek kat katil..Huhuhu..Apela ayat tak betul..Buat pe melepek kat katil..Hidup mesti ceria kan.. Biar org nampak kita happy, diorang tumpang happy, walaupun kite sebenarnye buat2.. Tapi aku tak buat2 la.. Aku memang happy..







eH..Si Linda ni.. Makan tak ajak aku pun.. Hihi.. Tak nak bagi habis ek.. Eh.. ingat skit.. sape yg potong kek tu?? akak jugak tau.. Sape yg potong buah2an tu.. akak jugak tahu..Hehe.. Tapi aku bengang sgt..aku tak ske aku buat keje ade org perati.. Gile ape.. p tgk kat lain la.. Jgn buat malu aku.. Ntah ape kes die ni.. Ape aku buat nak tgk..

Hihi.. Kalau nak tgk tu pndg2, tapi jgn smpai buat malu. Ade ke patut smpi kwn2 tnye aku ade ape2 hubungan ape2 dgn die? Wei..tolong skit... p cari org lain la..Aku tak mau.. Alhamdulillah ni perjumpaan aku yg terakhir bagi kelas Speech Com.. Lepas ni aku tak mau bertembung dgn die dah.. Ntahla.. Madam sampai tegur die tengok ape? Hahaha.. Padan muke.. Aku berdebar tau.. dah la aku tak hafal betul2..macamanala performance aku nanti.. By the way.. aku sabar je.. HIhi.. Tapi kan.. mase die duk perform die punye cerita..waaa..hebat tu.. macam penglipulara cerita kartoon pahlawan.. THE UNLUCKY WORRIOR!!!!heyyyya....!! Haha..aku punyela gelak rase nak pecah perut.. Lucu betul..


Tapi tibe2 hujan.. story telling stop kejap..Ape lagi..pegi melantak la.. Opps..Aku da download pic budak laki masak ayam bbq, nape tak masuk ek? Eh..dah ade..duk bawah skali tadi..Sowii...Ala..takpela..yang penting ayam tu dah masuk dalam perut ni..Huhuhu..KOKOKOKOKOk!! haha..Tapi aku makan skit je.. Tak lalu.. Mungkin sebab tekanan nak exam kot.. Yela.. Dah tak prepare ape lagi.. memang mcm tu.. Eh!! Hello ayu..Ko dtg cn nak lepas tension kan, so be happy..nanti banyak lagi keje menanti kat kampus..;(







Lepas solat.. budak laki sambung dulu cerita diorang.. Yela..dah diorang melantak awal2, blh la solat awal, habis awal...Haha..Yang paling tak tahan tu ko tau ape... Nak bace awal2 sebab nak main air.. Mandi macam budak..Lelaki mmg macam tu ke? im so confius.. Tapi ade ke patut, story tu blh baca straight je, takde intonation langsung, gaya lagila jauh.. Sebab kejarkan mandi.. Dah blaj univ pun terbawa2 perangai sekolah rendah.. hehe.. Kate kat org ayu.. KO tu matured ke blom? Hahaha.. Aku tak leh jawab..Malu sendiri.. Hurm.. Kawin nanti kot baru matured..hihi..








Jalan-jalan kat tepi sungai.. memang best.. mengasyikkan hati, jiwa dan raga.. Chewahh..Ayu tak pandai jiwang... Sori ek.. Salah lirik.. Tapi ade benarnye kate2 aku tu, kalau aku fikir2 balik, bile sangat aku keluar untuk tenangkan fikiran.. Macam2 berlaku..Tapi aku terima.. Hihi.. Alhamdulillah.. peluang ni aku ambil sebaik mungkin, aku cuba sehabisnya untuk gembira. Sebab aku tau, lepas balik kampus, aku kena buat macam2..nak siapkan kertas kerja, nak exam final.. Berat sgt tanggungjawab sekarang.. Aku takut aku tak mampu nak buat 2 program sekaligus..tapi kenapa ye, org percaya kat aku? Dia tak takut ke andai aku gagal? HUrm.. Mungkin aku tak nampak ape yg org nampak kot.. By the way, aku tahan lagi setakat ni.. Aku doa biarla aku dpat tahan.. Sibuk2 ni kadang2 bes jugak.. SEbabnya aku tak payah pikir pasal org lain.. Yahoo!!!.







Duk termenung mengenang nasib diri...Hihi..Besnye tgk budak2.. Camne la kalau aku ade anak nanti ek? Blh ke aku jadi ma yang baik... Aku syg ma.. Ma segala2nya.. Sape lagi yg ade kalau bukan aku..Insaf.. Nak jadi anak yg taat walaupun pahit dan terpaksa berkorban..Hurmm..








Madam Harieza.. She is so nice women.. Sangat spoting.. Macam2 mimik muke blh buat.. Sampai aku nak ponteng kelas die pon rasa syg.. Wow.... Aku harap aku dapat jadi macam tu kalau aku mengajar nanti.. Harap2 la..Tapi ntahla.. mcmana ek nak mengajar sedangkan tak minat.. Tawakal pada Allah.. Lepas ni kalau aku jumpe2 diorang ni, sekadar jumpe2 kat luar.. Sebab kos lain2... Cuma subjek je yg ambik sama.. Apa yer nak ckp.. aku happy sangat dapat belajar subjek ni.. Walaupun kena buat mcam2, tapi aku puas hati, dan English aku makin bagus... HIHII..perasan ayu..!




Haii...Dah nak balik...Lepas ni aku akan kembali ke kampus dan duk terpenjara..Waaaaaaaa....(Macam banduan kan).. Dulu..ske gak kuar..skg..ntah.. Malas nak pegi tmpat2 yg penah aku lalui...Hatim kate ape kat aku ek..!Hum.. Oh...Menghapus jejak..Yup...He is right...Kalau duk tgk dalam pic tu.. ade ke banduan duk dalam penjara sambil senyum? Hahahaha..Tu aku la..! Terpenjara dalam kehidupan sendiri.





Hihi.. Oshin2.. Aku duk ckp2 dgn die dlm bas, tgk2 die da terlentuk dah.. kesian die.. Aku tak letih.. Skrg pon tak letih.. Ntah.. happy kot.. Terima kasih kerana buat aku tersenyum yer.. Akak syg sgt Oshin.. Akak takde adik pempuan.. Akak ckp kat Sadila kalau la Oshin adik akak, dah lama akak cium2 pipi tu.. Nak sgt adik.. Ntah.. Kau tersenyum ku tersenyum..Sebab perangai kite sama...Walaupun wajah tak sama.. I will go there again.. Thanks for everything.. Its sweet memory for me..






18 April, 2008

Aii...Letihnye ari ni... Padan muke ko ayu!huhu..Sape suh tido lewat semalam..Tapi aku bangun awal la hati.. Nak bertekak dgn aku pulak..Bagi sebijik karang! hihi.. "Wokey2..aku tak mau dah"...kata hati.. Hihi... Begitu la aku bertekak dgn hati aku sehari2..Antara kehendak diri dengan kehendak hati... Sentiasa perlu difikir..Kalau aku tak kisah pasal die, silap hari bulan, hati aku merajuk, dah tak nak kawan dengan aku dah...Maka aku akan jadi keras hati.. Dan macam robot la..Haaa...Jack and The beanstalk...Aku tak abis hafal lagi...Tu tgk...8 muka surat tu..! jgn main2.. Otak aku dah nak pecah hafal ..tinggal 1 setengah muke surat lagi.. Letih la syg oi.. Macamana ni.. Esok kena buat story telling plak. Ade ke cerita macam budak2 skolah rendah dulu kat depan Budak2 claz speech comm.. Nak mati ape..!!Wooo..Dulu2 takpe gak.. Ni dah besar gedabak.. Masuk univ da.. Siap try nak cari calon lagi..Haha..Gatal ayu ni.. Eh hati.. KO ble diam tak! Cakap aku gatal lak.. Kut ske aku la..Hahah...Takde la aku gurau je...


Camne ek aku nak menghadapi hari esok ek?...Madam memang bagi high expectation kat aku.. Haha..Mentang2 la mse reheseal aku bagus..Madam ckp" Ayu, u re really good, but u must care about ur pronounsation"..Waa..Tu yg tak tahan tu..Kalau esok aku buat gile2 camne.. Once upon a time...blablabla..Haha..takpela madam sorang tengok..Ni dpn budak laki.. Aku ni pemalu.. Haha..Tak caye sudah.. Aku mmg pemalu....Whatever..Huhu..Hurm.. mintak2 la Allah bukak kan hati aku malam ni boleh hafal bagus2.. Aku tak nak buat keje yang tak berpekdah dah.. For all my frens.. Please pray 4 me k that i can do my bes..!! MMuah.. luv ur all... Ok.. Chaw dulu yob.. Nak makan.. Perut dah main lagu poco2 dah ni..Sedap tau.. Kalah suare aku..hihi..ok..Bye!!!




Posted by Picasa

17 April, 2008

Tunggu Bas



Kesesakan dalam bas..
Kat luar tmpt tunggu bas dah kosong..hehe
Wass up!! Huhuhu... Pe ek? Yup..semalam dok repair blog sampai pagi tuh... letih gak.. Study tak. aPE NAK JADI AYU NIH! Ari ni bangun pagi kire2 pukul 10.. Woow.. dasat.. Appointment dengan letcurer nak antar esenment.. PAtutla awal bangun.. hihi..Aku pegila FPEND... Bebenornye esenment aku tak print lagi, ingat nak print kat kedai potostat kat sana.. Punyela bagus naik bas Rapid KL..Ingat lajula tuh.. Padahal hampeh.. Sampai Fpend kedai tutup!! Ha.. nak marah ni..Dahla panas arini, kedai tutup pulak.. Entah camne aku tunggu bas, dtg balik Rapid KL tadi, ape lagi aku naik gi Kolej Za'ba la.. Print sane, then tak lupe beli air feveret aku, yum yum ...jambu merah..slurppp..hehe
Then.. aku tak kisah susah asal keje siap, aku pegi blk fPend..p jumpa letc kesayangan aku.. wawa..kesian die...ade ke patut Dr. bagi keje bertimbun2 kat die padahal die pon nak exam Master.. Kalau tak salah akula.. By the way, aku tgk muke Ustzh macam pennnat sgt.. Im so pity wif her.. Tak patut DR tu..Eh.. mane bleh kutuk lebih2, aku xam paper die gak, nanti tak berkat kan camne? hihi..so, ape nak buat.., Diam jela ayu!.. Hidup biar selambe..Pastu, aku g lab, then tunggu bas.. Sempat gak klik2 kat bas stop tu.. Korang tgkla pic tu.. Segar dari ladang.. Hahahaha.Tetiba tertengok iklan jual motor. Teringat kat ayah.. Hurm..bilela die nak post motor tu kata aku ek.. Aku malas dah nak cakap banyak2...Sebab satu pun die tak nak dengar.. Sapela Akukan!
Wa... bus

dah sampai... Kakak tu sibuk nak lari nak kejar bas... Hahah.. Ingat bas lari ke? Aku relax je.. Haha. Ayukan.. hihi..Ntahla.. Walau dah dekat exam, still ramai lagi ske ulang alik ke fakulti masing2.. Buktinye.. Tgk la dalam bas camne? Sesak tau!
Pic ni aku amik mase dalam bas.. Tanah Lapang depan Kolej Burhanuddin Helmi. Ade agi pic.. tapi cukup dulu la.. nak solat jap.. Adois!

Posted by Picasa

;;