Blogger Layouts

Pages

28 Februari, 2010

Aku baru dapat undangan daripada sobatku tentang forum ini di Facebook.. Kelihatan menarik...



Ape yang menarik? Dari segi ahli panel nye kah?? Atau dari segi MODERATORNYE kah?? Terfikir, mcmana boleh plak ajak Panel yang ketiga 3.. Apapun yang pasti.. Mungkin ada isu yang ingin di rungkaikan.. Thats why, kolej Ibu Zain dengan berbesar hati menjemput ahli panel yang mereka rasakan 'ahli' untuk merungkai semua persoalan yang bermain di benak pelajar...


Aku berminat.. N harap2 aku kelapangan time tu.. Untuk makluman semua... Semua kolej2 kediaman di UKM ini telah mengadakan 'perang' hari keluarga [aku simpulkan macam tu].. Yela dengan kolej ku [Ibrahim Yaakob] yang hari2 tak putus2 dengan program di hujung minggu, Larian Higlandernye, dan sebagainya..Itu belum di kira hari keluarga Dato' Onn yang berlangsung di Dataran Panggung Seni, UKM.. Program bertindan2... So bagaimana sambutannya?? Hurm.. Tepuk dada, tanya penganjur yang menganjurkan. Aku akui, bukan mereka yang merancang nak buat program serentak, tetapi memandangkan kekangan masa, waktu ini saja yang dikatakan sesuai...


Di KIY, lain pulak ceritanya.. Aku x nak bising2 @ condemn.. Takut2 aku dibuang kolej...:) Huhu.. Nanti x pasal2 aku kena report dek entri ni.. Apa2 pun, aku tetap berpendirian, ape2 program yang melalaikan , aku akan tolak tepi.. Apa yang berfaedah, boleh consider.. Kalo sekadar berkaraoke, melalak...X payah la aku nak join.. Ingat lagi time aku stay kat Kolej Tun Hussein Onn.. Hurmm.. same aje bagi aku pengisiannya.. Tapi kalo kat Hussein, mmg aku x ble tidur, sebab bergema .. Dekat sgt dgn Dectar, so ape2 program, dengar sehingga ke kolej.. Alhamdulillah, duduk di KIY ni , bagi aku merupakan satu nikmat yang Allah bagi bagi insan biasa seperti aku...:) Terima kasih Ya Allah..


Ape2 pn aku terfikir, boleh ke kite melukis gambar sahabat rapat nabi seperti Abu Bakar, dan 3 sahabat Nabi yang lain?? Mengimaginasi pun aku takut.. Apatah lagi nak menggambarkannya di dalam sehelai kertas tulisan yang putih.. Bimbang aku ..Sungguh.. Apa2 pun , hidup di U ni...kena la pandai... Apa2 yang baik kita ikut..........Apa yang x baik kita tinggalkan.........Mencegah lebih baik dari mengubati.........

Sayonara........:)

facebook-logo.jpg

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Facebook, Yahudi & Status Hukum
P/s : Artikel ni ana dapat daripada zaharuddin.net..Ana copy paste kan artikel ini untuk renungan dan sebaran kepada sohabah2 semua. Moga segala persoalan yang bermain difikiran kita selama ni terungkai.. InsyaAllah


Soalan

Ustaz, SYUBHAHKAH menyertai FACEBOOK? ana ada terbaca artikel yang mana pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?

Jawapan

Soalan ini terlalu kerap dilontar kepada saya dan begitu banyak pula ditulis oleh pelbagai individu di forum dan blog.

Sebelum ini saya sendiri tidak menggunakan facebook walaupun saya telah membuat beberapa kajian serba ringkas dan membaca semua terma perjanjian yang terkandung di web facebook.

Namun ramai individu meminta dan mencadangkan saya membuka akaun facebook untuk menyebarluaskan lagi dakwah dan ilmu yang terkandung di dalam website saya. Biasanya, permintaan itu saya abaikan, sehinggalah rakan webmaster zaharuddin.net sendiri mencadangkan kepada saya, lalu saya tolak atas alasan kesibukan.

Beliau kemudian mencadangkan dibuka fanpage facebook dan bukannya facebook profile individu bagi mengelak kesibukan yang dibimbangkan tadi. Beliau juga bersetuju membantu proses pembukaan itu dan administrasi.

Atas tanggungjawab dakwah dan melihat web saya yang kerap ditimpa masalah server akhir-akhir ini, saya izinkan beliau memulakan fanpage facebook untuk pengunjung zaharuddin.net. Boleh melawatnya di sini.

Maka sejak dari 28 Dis 2009, saya mula menjenguk facebook zaharuddin.net dan membuat pengisian serba ringkas.

Kembali kepada soalan, dalam menentukan keputusan dan hukum penyertaan facebook, menurut pendapat saya, terdapat beberapa isu yang perlu diperhati dan telah saya perhati sebelum saya memberi izin kepda rakan webmaster saya membuka fanpage facebook. Ia adalah seperti berikut :-

1) Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi?

Kesimpulan bagi soalan ini telah saya ulas panjang lebar dalam artikel terdahulu. Baca di sini . Kesimpulannya, adalah dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, menggunapakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi, selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal.

Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis yang sohih telah berurusan dan membuat transaksi jual beli dan cagaran dengan seorang yahudi, iaitu :-

‏أَنَّ النبي صلى الله عليه وسلم اشْتَرَى طَعَامًا من يَهُودِيٍّ إلى أَجَلٍ وَرَهَنَهُ دِرْعًا من حَدِيدٍ

Ertinya : "Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW" ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841)

Tambahan dalil boleh dibaca dari link artikel saya yang lalu di atas.

2) Apa maksud saudara penyoal dengan ayat ‘menyumbang kepada bangsa Yahudi'?

Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali di sisi Islam, malah Rasulullah s.a.w dan para sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah.

Cuma persoalannya di sini, adalah menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis. Namun adakah dakwaan itu boleh dibuat dan dipercayai semudah itu, tanpa sebarang bukti jelas dan hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengasas?

3) Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin?

Begini, jika ternyata dari sumber yang sohih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang mana digunakan hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, tatkala itu barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama.

Dalam konteks facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah facebook, tidak menyertakan bukti jelas berkenaan hal ini. Semuanya membuat andaian itu dan ini, sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar boleh mengajak kita untuk berhati-hati dan peka sahaja.

Malah majoriti pengguna facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat tersebut. Kecuali yang menyertai skim-skim yang ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan)

Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti-bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum. Justeru boleh saya katakan, kajian telah dibuat dan kami gagal MENDAPATI sebarang bukti untuk menyokong andaian-andaian pihak yang membuat andaian.

Jika dikatakan

"bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pihak syarikat facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap-senyap"

Tanpanya, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian dalam hal seumpama ini. Jika andaian sedemikian masih ingin digunakan, kelak mengakibatkan kesukaran berat (mashaqqah) buat seluruh umat Islam pada banyak perkara dan aktviti lain, kerana larangan dan andaian juga akan terpakai buat semua penjual bukan Islam beragama Hindu, Kristian, Buddha dan lainnya. Penjual-penjual tersebut juga boleh diandaikan menyumbang kepada gerakan melawan Islam secara senyap. Akhirnya, kita terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri, hingga bermusuh dengan semua tanpa bukti yang jelas.

Oleh kerana itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukum adalahHARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun facebook.

Cuma mungkin keharusan berurusan dengan barangan Yahudi, boleh menjadi makruh atau syuhbat diketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian ‘case by case'.

Cuma menurut maklumat yang diterima, puak Yahudi Zionis sendiri TIDAK PUAS HATI dengan facebook. Sila BACA DISIN I

Pun begitu, pengguna facebook sukar untuk dibebankan dengan masalah ini kerana mereka TIDAK BERJUAL BELI denga facebook, mereka hanya menggunakannya secara percuma. Jika dikatakan, penggunanya menyebabkan trafik facebook menjadi tinggi dan iklan mencurah masuk lalu memberi keuntungan kepada pemilik facebook. Ia juga sukar kerana kesesakan trafik bukanlah bersifat ‘direct' membantu facebook, tambahan pula sebagaimana di katakan tadi, tidak jelasnya sumbangan kepada keganasan Yahudi.

4) Privacy pengguna facebook dijajah?

Ini mungkin ada benarnya, setelah saya menghabiskan bacaan privacy policy yang terkandung di dalam web facebook, ia memberikan gambaran bahawa gambar, info dan segala yang terkandung di dalam facebook kita boleh tetap wujud di facebook orang lain yang dikongsi, dan saya yakin pihak facebook juga mempunyai simpanan data terbabit.

Policy menyebutkan :

"Even after you remove information from your profile or delete your account, copies of that information may remain viewable elsewhere to the extent it has been shared with others, it was otherwise distributed pursuant to yourprivacy settings, or it was copied or stored by other users."

Terma ini adakalanya boleh membawa sedikit mudarat jika tidak ditangani dengan bijak oleh pengguna. Namun demikian, terma ini sahaja tidak mampu menjadi keseluruhan facebook sebagai haram.

Selain itu, juga disebutkan :

To respond to legal requests and prevent harm. We may disclose information pursuant to subpoenas, court orders, or other requests (including criminal and civil matters) if we have a good faith belief that the response is required by law. This may include respecting requests from jurisdictions outside of the United States where we have a good faith belief that the response is required by law under the local laws in that jurisdiction, apply to users from that jurisdiction, and are consistent with generally accepted international standards. We may also share information when we have a good faith belief it is necessary to prevent fraud or other illegal activity, to prevent imminent bodily harm, or to protect ourselves and you from people violating our Statement of Rights and Responsibilities. This may include sharing information with other companies, lawyers, courts or other government entities."

Berdasarkan kepada terma di atas. Sebenarnya pihak facebook mempunyai hak untuk mendedahkan informasi kita kepada mana-mana berdasarkan alasan yang disebut di atas. Tiada takrif jelas bagi yang disebut di atas, semua masih tetap terpulang kepada keputusan pihak facebook. Maka menyerahkan info dan gambar kita kepada syarikat tertentu, CIA, FBI atau apa jua badan kerajaan adalah hak facebook jua.

Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai menjadikan pengunaan facebook sebagai haram, apa yang perlu adalah kawalan dan had limit.

KESIMPULAN

Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk penggunaan Facebook, cuma apa yang ingin saya nyatakan sebagai kesimpulan adalah seperti berikut :-

· Hukum membuka akaun dan menggunakan facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama facebook samada melalui dana kepada Yahudi, Amerika dan lainnya.

· Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latarbelakang pengasas dan syarikat facebook, mereka dinasihatkan untuk TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna facebook agar sentiasa berhati-hati, namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram secara umum.

· Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan untuk :-

a- Memanupulasi akaun facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Justeru, ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.

b- Limitasikan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.

c- Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi ( khsusunya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had limitasi, tanpa kawalan ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat. Di samping ia akan kekal di facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook.

d- Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatandan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.

e- Tidak terlibat dengan permainan-permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islamseperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar ‘main-main' atau tidak.

f- Tidak mempercayai aplikasi tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma facebook. Sama ada atas dasar ‘main-main' atau tidak.

g- Menyedari bahawa maklumat kita di facebook boleh menjadi database pihak asing untuk memantau kehidupan dan informasi peribadi kita jika tidak dikawal. Database sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana facebook. Hatta parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu update sebagaimana facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan.

Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna dan membuka akaun facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Malah jikalau terdapat unsur syubhat sekalipun, ia telah diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui facebook itu.

Sekian,

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

19 Muharram 1431 h

05 Januari 2010



Letihnye...Baru balik dari urusan hari ni.. Sakitnye kepala dek bahang panas yang melanda sehingga air con dalam kete pn xde rase ape2.... aduhai....


Aku baru aje balik dari Kolokium Remaja 2010 : Wahai Remaja Kembalikanlah Maruah dan Martabatmu bertempat di Auditorium Abu Zarim.. UNITEN Bangi.. Entri kali ni x nak kupas pasal kolokium ni.. Kalo nak tahu serba sedikit pasal program tersebut, aku sediakan entri lain.. Just klik to the tajuk.........Program start dalam pukul 9.00 pagi kalo tak silap aku n habis dekat2 pukul 1.. Tapi aku dan Eni[terima kasih banyak2 kerana sudi temankan sobatmu ini..hihi], dah bertolak pukul 8.00 lagi..Bimbang takut2 terlewat atau ade musaqah yang tidak diingini.. Alhamdulillah kami sampai ke tempat yang dituju, n pulang dengan selamat..


Aku terima dugaanMU... Xape.. mungkin ade hikmah.. Spek mata yang ku sayang-sayang, yang kutatang2, yang ku manja2, akhirnya terlepek jatuh ke lantai..[selama ini x pernah berlaku]..Itu la satu2nya spek mata yang paling mahal aku beli dengan duit sendiri..[beli kerana yakin akan kualitinya].. Memang kualitinya amat baik kerana bila jatuh menyembah bumi, ia hanya tersepih di tepi tanpa retak seribu berbanding spek2 ku sebelum ini yang jika jatuh sahaja, maka akan berkecai.. Apa yang baik pasti akan ada keburukannya.. Keburukannya ialah apabila ingin ditukar cermin sahaja, walaupun yang rosak hanya sebelah, dek kerana kualiti nya yang boleh tahan, harga pun boleh tahan menjangkau ratusan ringgit... Aku as a student, muncul perasaan sebak di hati memandangkan 'sengkek' sungguh akhir2 bulan ni[mana nak simpan duit nak praktikal nye, duit minyak ketenye dan seangkatan dengannye] terpaksa terima dengan redha yang minggu ini, aku kena 'catu' waktu makan aku n perbelanjaan aku ...REDHA LA AYU..sob2..:( Tapi yang buat aku panas+ bengang, aku rase tadi aku hantar spek untuk dibaiki, hanya sebelah aje yang serpih, tapi bila dah siap, yang promoter tu siap cakap kat aku, kena pakai spek baik2 sebab cermin yang lama pn dah ade crack.. Bile aku perhatikan..Memang sah ade..Tapi aku rase sebelum ini x ade.. Adakah sebab kelalaian die buang cermin aku untuk dipasang cermin baru@aku sendiri x perasan cermin tu dua2 crack??? Alahai.. kalo pecah sebelah lagi.. Lagi kena keluar duit...... Tolong la...Janganla siksa diriku lagi...:(





Perihal ma..Aku ingatkan minggu ini jadi aku balik ke kampung untuk urusan 'membuang' benda2 yang x perlu yang bergentayang di badanku.. Sekali keluar, sekali harung buat ape yang patut, baiki spek, beli tiket balik kampung...Bila sampai di Hentian Kajang, aku cuba call semua ma n bertanyakan perihal jadi ke x urusan tu.. Rupe2 nye x jadi.. Apesal la x di maklumkan terlebih dahulu.. Nampaknye 6 haribulan 3 ni aku x jadi balik...Aku hanya beli tiket untuk pulang ke Terengganu pada 19 aribulan n tiket ma dan aku pulang ke Kajang pada 21 Mac ini. Ma nak ikut aku balik ke Kajang memandangkan jadual penerbangan ma ke Labuan, ayah awalkan dari 28 aribulan 3 ke 23 haribulan... So ma bercadang nak tidur di rumah nenek ke, mok su ke, mak teh ke, n minta mereka hantarkan ke airport [nak suh aku, bkn aku tau jalan ke airport],..Ayah x bagi balik memandangkan kekurangan ongkos..Sabar la Ayu.. Ye la.. Time raya Cina aritu, semua orang dapat gaji awal.. Ayah ku pula dapat kereta baru [terpaksa pakai duit gaji bayar kereta]..Aku x kisah ayah beli kereta memandangkan itu satu keperluan.. Duduk di Labuan keseorangan, time hujan, nak pergi mengajar, x kan nak pakai motorsikal time hujan.. Lagipun hujan di Labuan yang sebuah pulau tu sangat berbeza dengan hujan di semenanjung.. Kat pulau sane [aku time cuti stay sana], kalo hujan bagaikan nak terbang atap rumah dek kuatnya angin pantai di campur dengan hujan yang lebat.. isk2... takut aku kalo teringat...Kadang2 aku dengar juga ayah bilang dia malu apabila sering meminta pertolongan daripada kawan2nya.. X kisahla ayah.. Asal ayah selamat hidup di sana..



Ya Allah.. berikanlah kemudahan dan kesabaran dalam diri ini dan kedua ibu bapa ku.. Aku pun xde mood sgt hari ini bila berdepan dengan kepanasan yang melampau.. Ampunkanlah dosa umat2 mu ini.. Kurangkanlah kepanasan yang dihadapi oleh kami ini.. Macam2 boleh berlaku kalo panas.. N dengan mudahnya syaitan menyucuk2 manusia kerana panas.. Boleh terjadinya perbalahan yang x disangka2 dan sebagainya..

Ape2 pun, moga2 krisis yang dihadapi oleh keluarga ku dapat diatasi dan dipermudahkan rezeki kami seperti sediakala.. Amin..



p/s : Tido dulu,, xthn sakit kepala menyengat2...





27 Februari, 2010


Artist : Imran Ajmain
Lirik Lagu : Imran Ajmain - Selamat Ulang Tahun Sayang

Imran Ajmain - Selamat Ulang Tahun Sayang


"Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu


Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu"


Lagu ini ditujukan khas untuk akhi, Mohd Azren bin Shaharudin atas ulang tahun beliau tanggal 28 Februari 2010..Dah tua akh ye..tp ade org 2 x mengaku.. [bergetah lagi gitu]..hik2...
Apa2 pn...di kesempatan ini..dan sekadar yang mampu diberi kala ini.. Ayu nak wish akh...:


Moga2 panjang umurmu,
Dimurahkan rezekimu,
Dipercepatkan jodohmu,
Dipertingkatkan amalanmu dan ibadahmu, keimananmu...
Di permudahkan rezekimu..
Di leraikan segala kekusutanmu..
Di tenangkan fikiranmu..
Di kuatkan semangat dan azammu..
Untuk menuju matlamatmu yang satu..
Di ringankan beban2 masalah yang melandamu..
Di ampuni dosa-dosamu yang lalu baik kecil atau besar..
Di kabulkan doa-doamu...
Di rahmati kehidupanmu dan keluargamu..
Diberi kesihatan yang baik..
Moga2 apa yang akh impikan, idamkan akan tercapai..
Apa2 yang baik ku doakan hanya untuk mu..
Amin Ya Rabb..



Orang cakap.. Semakin tua umur kita melangkah atau berjalan, makin dekat waktu kita untuk mengadap Tuhan.. Pepatah pasar ada menyebut ......Rumah kata pergi, kubur kata mari-mari..:) Jgn marah ye akh... Renungan untuk kita bersama.. Takkan lengkap hidup ini tanpa gula dan garam....:) Tiada apa yg mampu diberi..hanya sekalung doa dan harapan diutuskan..Moga2 hari2 yang ditempuhi esok hari...Akan ada cahaya dan sinar yang menanti...InsyaAllah.....!!! :)




Klik sini kalo nak dengar lagu... Kalo bising dek lagu background blog ni, just go to the u tube, n search...........Wish u good luck .;)

sanah helwah ya jamil..sanah helwah ya jamil..sanah helwah ya jamil..sanah helwah ya jamil..:)

p/s : Jgn nangis.......xelok....huhu......:)


Harapan...sesuatu yang subjektif...
Walau cuma satu perkataan , tapi boleh jadi satu masalah jika tidak dapat dipenuhi
Semua org berharap ingin sesuatu yang baik dalam hidupnya..
Hidup yang baik, kerja yang elok...
Kalo yang masih belajar, berharap agar dapat jadi pelajar yang cemerlang..
Dapat result yang membanggakan mak ayah...
Sok2 kuar Universiti dapat keje yang baik, gaji yang baik...
Bagi yang dah bekerja pula...
Mereka pulak berharap nak dapat majikan yang baik..
Yang duk menyewa rumah, berharap dapat beli umah sendiri..
Yang pegi keje bawak moto, teringin juga nak merasa kereta sendiri..
Kalo second hand pn xpela la asal time hujan xde la basah lencun balik umah [tu kalo akula]..
Kalo bagi orang yang dah kawin pula, lain pula ceritanya..
Mereka berharap dapat membina keluarga yang bahagia..
Ada anak-anak yang baik penyeri rumahtangga..
Si isteri inginkan suami yang memahami dan penyayang..
Si suami pula inginkan isteri yang baik dan sabar menempuh ranjau sebuah perkahwinan..
Pendek kata..harapan itu la merupakan satu 'guide' seseorang yang hidup di atas muka bumi ini bekerja/berusaha untuk mencapainya..


Semuanya bermula dengan sebuah harapan..
Tapi bagaimana pula jika hanya berharap tapi x pernah berusaha..
Macam si jenin yang tido di atas pokok kelapa n berharap/berangan untuk kahwin dengan puteri raja..
Tanpa buat ape2..Tersenyum./ berimaginasi sendiri..
Tertido pula di atas pokok, tiba2 jatuh...mati katak [kesian]........
Kesian bukan sebab ape..bkn kesian sebab x dapat kawin dengan anak raja..
Nak merasa erti sebuah perkahwinan pon x dapat sbb mati serta merta [hik2..sebab jatuh pokok]..


Harapan aku??? Aku ada harapan juga ke?..
Wahai teman..jangankau pandang aku dengan tiada hati.. Jangan kau lihat aku dengan pandangan sebelah mata..
Aku juga manusia..tentunya aku jua punya harapan..
Harapan yang semua org impikan..
Aku ingin membahagiakan ibu bapa ku..
Walaupun aku kadang2 tidak betah untuk mengorbankan segala2 kehendakku..
Tapi kerna dia ibubapaku.. Aku rela..dan aku redha..
Kerna aku sedar, sapa la aku tanpa mereka..
Walaupun aku akui aku pernah mengingkari, ternaik suara kerana protes dengan keputusan mereka..
Tapi lama kelamaan aku sedar dan kembali memohon ampun atas kekhilafan aku lakukan..
Tak sanggup rasanya hidup menderhaka ..
Nanti jauh dari keredhaan Allah dan bakal dipandang hina oleh dunia..
Aku ingin menjadi anak yang baik..
Selalu mendoakan agar aku bisa menghantar mereka ke Mekah..[dambaan umat ISlam]
Dipermudahkan rezeki..segala2nya..
Kerana aku tau..Dengan adanya berkat ibu bapa itu..
Segala urusan yang dilakukan akan menjadi mudah..senang..
Kau pinta la apa2 pn pada Tuhan..
Maka akan dipermudahkan..


Hati..
Jangan kau khilaf lagi..
Jangan kau mampir lagi..
Aku ingin jadi manusia yang sejati..
Biar dunia memandang..Biarla mereka mencerca..
Ingat..
X kan kau merasa bumi ini dipijak..
Jika tiada ibu yang melahirkan..
Namun aku bimbang..
Andai aku berdua nanti..
Adakah aku akan menjadi arus yang mengikut ombak??
Terlupa akan tanggunjawab seorang anak..
Pernah sekali aku menangis..
Bila mengenangkan aku semakin dewasa, namun x mampu memberikan ape2 pada mereka..
Kerana aku belum punya apa...
Masih ditanggung , makan, pakai,
Walaupun hakikatnya aku sepatutnya sudah layak di panggil insan bekerja..
Namun , aku pasrah....
Sekali lagi pernah menitiskan air mata..
Aku bakal tinggalkan mereka..[bila dh mencecah dewasa]
Betahkah ibuku menanggung kerinduan pada anaknya..
Yang selama ni x pernah berenggang dengannya..
Yang selama ni diceritakan segala keperitan dalam berhidup rumah tangga..
Yang kala mana aku sakit..dipeluk aku, ditatang aku bagai aku anak kecil..
Sedangkan aku tika itu aku dh meningkat dewasa..


Perangai dan tabiat..
Sifat dalaman yang kadang-kadang menghiris hati perasaan,
Kadang2 terluah kepada insan yang aku sayang,
Terlepas kata yang dikira menyakitkan hati sang penerima,
Lirikan mata tanda tak suka,
Berkerut muka tanda marah..
Bisa buat hati mereka terluka..
Maafkan anakmu ini ibu..
Ampunkan anakmu ini wahai ayah..
Aku insan biasa..
Kadang2 perbuatan berlandaskan perasaan semata..
Bila terjadi..Baru menyesal merintih..
Tapi kamu tau anakmu ini..
Dan hati anak mu ini..
Bukan seburuk yang disangka..
Kerana kamu yang melahirkanku, membesarkanku..
Segala2nya kamu tahu buruk baikku..


Diriku ni penuh kekurangan..
Wajahku dilahirkan dikatakan kedekut senyuman..
Bukan ku x senyum...tapi tidak kelihatan..
Kerana masalah gigi terkedalam [hak2 ..kelako]
Sedangkan hakikatnya aku tiada berdendam ..
Kenali la dulu diriku, jangan terus di berikan tohmahan..
Selamilah hatiku..nescaya kau akan tolak segala pandangan dan panahan orang..
Aku bukannya sombong seperti di fikirkan..
Hanya sekadar itu jaminan yang mampu ku berikan..


Bila ditanya..
Itu saja ke harapan kau?
Cukupla aku menjawab..
Itula sebaik2 harapan..
Buat bekalan di masa akan datang..


Masa depan..
Aku mohon..
Biar apa kurniaanMu padaku..
Jangan sekali2 dapat merenggangkanku dengan ibu bapaku..
Aku sayang mereka..
Setulus hati aku..
Dan jika aku dikurniakan ibu bapa yang lain ..
Jika aku punya jodoh dengan insan yang masih ada ibu dan bapanya..
Dengan izinMu Ya Allah..
Akan ku bahagiakan mereka, taat kepada mereka..
Seperti mana aku bahagiakan ibu bapaku..
Amin Ya Rabb..






;;