Blogger Layouts

Pages

27 Julai, 2010




Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..


Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..


Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..


Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..


Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kokoh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..


Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..


Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Ridholah padaku,
Sungguh Ridhomu adalah Ridho Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..

18 Julai, 2010

MAAFKAN
AKU WAHAI SUAMI...

Dua bilah kayu disatukan dengan paku. Dua ketul bata disatukan dengan
simen. Dua hati di satukan dengan apa? Jawabnya, dengan iman. Dua hati
yang beriman akan mudah disatukan. Jika dua hati mengingati yang SATU,
pasti mudah keduanya bersatu. Begitulah dua hati suami dan isteri, akan
mudah bersatu bila iman di dalam diri masing-masing sentiasa disuburkan.

Bukan
tidak pernah terguris. Bukan tidak pernah bertelagah. Tetapi jika di
hati sama-sama masih ada ALLAH, perdamaian akan mudah menjelma semula.
Yang bersalah mudah meminta maaf. Yang benar mudah memberi maaf. Tidak
ada dendam memanjang. Masam cuma sebentar. Pahit hanya sedikit. Itulah
yang ditunjuk oleh teladan rumah tangga Rasulullah s.a.w. Ada ribut…
tetapi sekadar di dalam cawan. Ada gelombang… tetapi cepat-cepat menjadi
tenang.

Jika paku boleh berkarat, simen boleh retak, maka begitulah iman, boleh
menaik dan menurun. Iman itu ada “virusnya”. Virus iman ialah ego
(takbur). Jangan ada takbur, cinta pasti hancur. Orang takbur merasa
dirinya lebih mulia, pasangannya lebih hina. Jika demikian, manakah ada
cinta? Cinta itu ibarat dua tangan yang saling bersentuhan. Tidak ada
tangan yang lebih bersih. Dengan bersentuhan, keduanya saling
membersihkan. Tetapi ‘tangan’ yang ego, tidak mahu bersentuhan… Konon
takut dikotorkan oleh tangan yang lain!

Bila berbeza pandangan,
pandangannya sahaja yang benar. Kau isteri, aku suami. Aku ketua, kau
pengikut. Aku putuskan, kau ikut saja. Jangan cuba menentang. Menentang
ertinya dayus. Maka terkapa-kapalah sang isteri tanpa boleh bersuara
lagi. Sedikit cakap, sudah dibentak. Senyap-senyap, isteri menyimpan
dendam. Suami ‘disabotaj’nya dalam diam. Tegur suami, dijawabnya acuh
tak acuh. Senyumnya jadi tawar dan hambar. Perlahan-lahan, jarak hati
semakin jauh. Cinta semakin rapuh.

Ada pula isteri yang ego.
Heroin sudah mengaku hero. Suami dicaturnya satu-satu. Tidak jarang
meninggikan suara. Silap suami yang sedikit didera dengan rajuknya yang
panjang. Anak-anak dibiarkan. Dapur berselerak. Pinggan mangkuk tidak
dibasuh. Kain baju sengaja disepah-sepahkan. Rasakan akibat menentang
aku. Mengaku salah tidak sekali. Minta maaf? Pantang sekali!

Ego
sisuami selalunya terserlah. Boleh dilihat daripada jegilan mata dan
suara yang meninggi. Mungkin pintu dihempaskan dengan kuat atau hon
kereta ditekan bertalu-talu. Atau boleh jadi diherdik siisteri di
hadapan anak-anak atau isteri diperleceh di hadapan saudara mara atau
tetamu yang datang. Bila ramai yang datang bertandang itulah masa
sisuami yang ego ini menunjukkan kuasa dan belangnya.

Ego
siisteri terpendam. Mungkin kerana tidak ada dominasi kuasa atau
keberanian, siisteri menunjukkan egonya dengan bermacam-macam-macam
ragam. Daripada sengaja melaga-lagakan pinggan yang dibasuh… sehinggalah
memalingkan badan dan muka ketika di tempat tidur.

Alhasil,
cuaca rumah tangga menjadi muram. Rumah hanya jadi ‘house’ tidak jadi
‘home’ lagi. Tidak ada keceriaan, kehidupan dan kemanisannya lagi.
Semuanya bungkam. Ya, rumah (house) dibina dengan batu, kayu dan
konkrit, manakala rumah tangga (home) dibina dengan kasih sayang, cinta
dan sikap saling menghormati. Tidak ada rindu yang menanti suami ketika
pulang dari bekerja. Tidak ada kasih yang hendak dicurahkan oleh suami
kepada isteri yang menanti di rumah. Anak-anak jadi kehairanan? Apa
sudah jadi pada kedua ibu-bapa ku?

Bila ada ego di hati, cinta
akan menjauh pergi. Retak akan menjadi belah. Kekadang hati keduanya
merintih, mengapa jadi begini? Bukankah antara aku dan dia ada cinta?
Mengapa terasa semakin jarak? Apakah yang perlu aku dan dia lakukan
untuk menyemarakkan semula rasa cinta. Lalu akal berfikir,
berputar-putar mencari idea. Oh, mari ulangi musim bulan madu yang lalu.
Kita susuri pulau, tasik, laut atau lokasi pertemuan kita nan dulu.

Malang,
cuma sebentar. Gurau, senda cuma seketika. Tidak mampu lagi memutar
jarum kenangan lama dengan hati yang telah berbeza. Tidak ada lagi
tarikan fizikal yang ketara. Cumbu berbaur ghairah seakan telah terlupa.
Bulan madu yang cuba diperbaharui tidak menjadi… kedua hati bercakar
lagi. Mereka cuba memperbaharui lokasi, tanpa memperbaharui hati. Selagi
ada ego, ke mana pun tidak akan menjadi. Jika ada ego, yang wangi jadi
busuk, yang manis jadi tawar, yang indah jadi hambar.

Ada juga
pasangan yang hendak ‘membeli’ cinta. Ingin dibangkitkan kembali rasa
cinta dengan mata benda. Nah, ini kalung emas ribuan ringgit sebagai
tanda cinta ku masih pada mu, kata suami. Dan ini pula cincin berlian
untuk memperbaharui kemesraan kita, balas siisteri. Masing-masing
bertukar hadiah. Semoga dengan barang-barang berharga itu akan
kembalilah cinta. Namun sayang sekali, sinar emas, cahaya berlian, tidak
juga menggamit datangnya cinta. Cinta diundang oleh nur yang ada di
hati. Nur itu tidak akan ada selagi ego masih ada di jiwa.

Susurilah cinta yang hilang di jalan iman. Buanglah kerikil ego yang
menghalang. Ego hanya membina tembok pemisah di antara dua hati walaupun
fizikal masih hidup sebumbung. Mungkin di khalayak ramai, masih
tersenyum dan mampu ‘menyamar’ sebagai pasangan yang ideal tetapi hati
masing-masing TST (tahu sama tahu) yang kemesraan sudah tiada lagi.

Pasangan
yang begitu, boleh menipu orang lain. Namun, mampukah mereka menipu
diri sendiri? Yang retak akhirnya terbelah. Penceraian berlaku. Mereka
berpisah. Masyarakat yang melihat dari jauh pelik, mengapa begitu mesra
tiba-tiba berpisah? Tidak ada kilat, tidak ada guruh, tiba-tiba ribut
melanda. Oh, mereka tertipu. Perpaduan yang mereka lihat selama ini
hanyalah lakonan. Allah membongkar rahsia ini menerusi firman-Nya:
“Kamu
lihat sahaja mereka bersatu tetapi hati mereka berpecah.”

Carilah
di mana Allah di dalam rumah tangga mu. Apakah Allah masih dibesarkan
dalam solat yang kau dirikan bersama ahli keluarga mu? Apakah sudah lama
rumah mu menjadi pusara akibat kegersangan zikir dan bacaan Al Quran?
Apakah sudah luput majlis tazkirah dan tarbiah yang menjadi tonggak
dalam rumah tangga? Di mana pesan-pesan iman dan wasiat taqwa yang
menjadi penawar ujian kebosanan, kejemuan dan keletihan menongkah arus
ujian?
Penyakit ego menimpa apabila hati sudah tidak terasa lagi
kebesaran Allah. Orang yang ego hanya melihat kebesaran dirinya lalu
memandang hina pasangannya. Hati yang ego itu mesti dibasuh kembali
dengan rasa bertauhid menerusi ibadah-ibadah khusus – solat, membaca Al
Quran, berzikir, bersedekah – dan paling penting majlis ilmu jangan
diabaikan.

Firman Allah:
“Dan berilah peringatan. Sesungguhnya
peringatan itu memberi manfaat kepada orang mukmin.”
Sedangkan orang
mukmin pun perlu diperingatkan, apatah lagi kita yang belum mukmin?
Iman itu seperti mana yang dimaksudkan hadis, boleh menambah dan
mengurang. Untuk memastikan ia sentiasa bertahan malah bertambah, hati
perlu berterusan bermujahadah. Lawan hawa nafsu yang mengajak kepada
ketakburan dengan mengingatkan bahawa Allah benci kepada orang yang
takbur walaupun sasaran takbur itu suami atau isteri sendiri.

Bila
terasa bersalah, jangan malu mengaku salah. Segeranya mengakuinya dan
hulurkan kata meminta maaf. Ular yang menyusur akar tidak akan hilang
bisanya. Begitulah suami yang meminta maaf kepada isterinya. Dia tidak
akan hilang kewibawaannya bahkan bertambah tinggi. Bukankah orang yang
merendahkan diri akan ditinggikan Allah derjat dan martabatnya? Justeru,
lunturkan ego diri dengan membiasakan diri meminta maaf. Tidak kira
ketika kita rasa kita benar, lebih-lebih lagi apabila terasa kita yang
bersalah.

Namun, lelaki yang tewas ialah lelaki yang sukar
mengaku salah. Dia sentiasa tidak ingin mengalah. Pada ketika itu dia
telah memiliki salah satu dari tiga ciri takbur yakni menolak kebenaran.
Akuilah kebenaran walaupun kebenaran itu berada di pihak isteri. Tunduk
kepada kebenaran ertinya tunduk kepada Allah. Jangan bimbang
takut-takut dikatakan orang takutkan isteri. Kita takutkan Allah. Allah
benci orang yang takbur.

Begitu juga isteri. Jika sudah terbukti
salah, akui sahajalah. Dalam pertelagahan antara suami dan isteri,
apakah penting siapa yang menang, siapa yang kalah? Kita berada di dalam
gelanggang rumah tangga bukan berada di ruang mahkamah. Kesalahan suami
adalah kesalahan kita juga dan begitulah sebaliknya. Rumah tangga wadah
untuk berkongsi segala. Perkahwinan satu perkongsian, bukan satu
persaingan. Kalau kita menang pun apa gunanya? Padahal, kita akan terus
hidup bersama, tidur sebantal, berteduh di bawah bumbung yang sama.

Mujahadahlah
sekuat-kuatnya menentang ego. Bisikan selalu di hati, Allah cintakan
orang yang merendah diri. Allah benci orang yang tinggi diri. Pandanglah
pasangan kita sebagai sahabat yang paling rapat. Kita dan dia
hakikatnya satu. Ya, hati kita masih dua, tetapi dengan iman ia menjadi
satu. Bukan satu dari segi bilangannya, tetapi satu dari segi rasa.
Sebab itu sering diungkapkan, antara makhluk dengan makhluk mesti ada
Khalik yang menyatukan. Ingat, hanya dengan iman, takbur akan luntur,
cinta akan subur!

MAAFKANKU WAHAI SUAMIKadang-kadang aku rasa
akulah
Isteri yang terlalu banyak menerima
Sedangkan engkau tak
pernah meminta

Kadang-kadang aku rasa
Akulah isteri yang baru
terjaga
Sedangkan engkau tak pernah terlena

Kadang-kadang ku
bersuara tanpa berfikir
semua perkataan ku menjadi salah
Datanglah
ke sini dan pegang tangan ku
Sementara ku cerita kehidupan isteri
Harap
dimengerti

Kadang-kadang ku sakiti hati mu
Bila ku tolak
sentuhan mu
Bukan bermaksud aku kurang menyayangi mu…
Namun
cabaran terlalu

Kadang-kadang aku berubah pada pandangan mu
Tapi
sayang, itu tidak benar
Tiada apa yang paling ku hargai
Daripada
kehidupan manis bersama mu

Kadang-kadang ku fikir sejuta tahun
Adalah
terlalu singkat
Hanya ku beritahu mu betapa sayangnya aku
Betapa
syukurnya aku…
kau pelindung ku

Kadang-kadang berjauhan dengan
mu
Akulah isteri yang terlalu tinggi bercita-cita…
Mencipta
kerukunan keluarga
Namun aku tetap aku yang ini…
Maafkan aku wahai
suami!

17 Julai, 2010

Lelaki





Aku bukan sang penyajak..
Aku hanya ingin..
Meluah rasa...
Pada dia..
Seorang lelaki..

Lelaki..
Pelengkap sebuah kehidupan..
Bagi seorang wanita..
Yang telah di tetapkan di luh mahfuz..
Untuk hidup bersama..
Melayari bahtera..
Dalam kehidupan..
Di dunia..

Lelaki..
Yang ku inginkan..
Bukan seorang kekasih..
Bukan sekadar kawan..
Dan bukan sebagai teman berbicara..
Namun...
Aku inginkan..
Seorang lelaki bergelar suami..
Yang halal bagiku..
Kerna ku tahu..
Jika lelaki itu suamiku...
Nescaya dia juga teman paling rapatku...
Juga sahabat baikku..
Pendengar setiaku..
Dan penenang jiwaku..
Juga kekasih hati ku...

Dalam menggagau mencari..
Hadirnya kamu
Seorang lelaki sejati..
Yang bukan sekadar lelaki..
Tetapi boleh membimbing diri ini..
Dan boleh menerima diri ini..


Lelaki itu..
Bukan seperti yang dulu-dulu..
Bukan penabur janji palsu..
Bukan seorang pemain lagu rindu..
Tetapi sang setia yang menunggu..
Dan telah lama menunggu..
Dan akhirnya..
Menemui aku..

Dia..
Lelaki itu..
Seorang yang berdaya maju..
Yang membuatku hormat tunduk selalu..
Penuh visi dan misi yang dipandu..
Berpendirian teguh selalu...

Dalam mengejar sebuah ikatan hubungan yang padu..
Badai melanda menikam kalbuku..
Cuba di cungkil apa yang berlaku..
Aku tahu itu silapku..

Maafkan ku..lelaki
Hatiku tahu..
Aku bukan seperti yang kamu mahu...
Aku tahu itu..

Lelaki..
Aku tahu aku selalu membuat dirimu berkelana selalu...
Bila aku merajuk..
Kamu tak tahu memujuk..
Dan tidak sanggup untuk memujuk..
Aku tahu itu..
Bagimu..leceh semua itu..

Lelaki itu..
Bukan suka melafazkan kata-kata sayang..
Bila sekali dilafaz, aku terawang-awang...
Kerana aku tahu , itu yg di rasakan..
Dari lubuk hati yg dipendam..

Lelaki..
Aku x minta aku di tatang manja..
Aku x minta di belai ..
Aku tahu kamu kekok dgn semua itu..
Yang aku minta..
Fahami aku..



Lelaki..
Aku redha...
Andai aku bukan pilihan mu..
Kerana aku tahu..
Bukan sifat ini yang kau mahu..
Bimbang akan membuatmu buntu..

Apapun wahai Lelaki..
Aku akan tetap sayang kamu..
Setulus hati aku..
Tak putus doaku untuk mu sehari-hariku..
Dengan air mataku..
Berdoa segala-galanya tentang mu..
Aku bimbang berlaku apa-apa padamu..
Aku Fikir makan minummu...
Tiada di hati ini selain darimu..
Dan kaulah lelaki pertama..
Yang menjadi kewajipanku..
Mendoakanmu di samping doa untuk ibu bapaku..


Lelaki...
Walaupun apa yang berlaku..
Aku tetap bersamamu..
Aku tak tahu..
Kenapa aku begitu ..
Tapi sedar lah wahai lelaki..
Aku selalu yakin dgn petunjuk Allah untukku..
Dan keyakinan itu akan sentiasa bersamaku..

Perbezaan itu amat memeritkan..
Bila titik persamaan itu di rungkai...
Bahagia menanti..

Maafkan aku lelaki...
Andai aku..
Selalu memeningkan hati, jiwa dan perasaanmu..
Aku..
Sang pencinta..
Yang tidak sempurna..











16 Julai, 2010






01 - HAI ANAKKU: KETAHUILAH, SESUNGGUHNYA DUNIA INI BAGAIKAN LAUTAN YANG DALAM, BANYAK MANUSIA YANG KARAM KE DALAMNYA. BILA ENGKAU INGIN SELAMAT, AGAR JANGAN
KARAM, LAYARILAH LAUTAN ITU DENGAN SAMPAN YANG BERNAMA TAKWA, ISINYA IALAH IMAN DAN LAYARNYA ADALAH TAWAKKAL KEPADA ALLAH.

02 - ORANG - ORANG YANG SENTIASA MENYEDIAKAN DIRINYA UNTUK MENERIMA NASIHAT, MAKA DIRINYA AKAN MENDAPAT PENJAGAAN DARI ALLAH. ORANG YANG INSAF DAN SEDAR
SETALAH MENERIMA NASIHAT ORANG LAIN, DIA AKAN SENTIASA MENERIMA KEMULIAN DARI ALLAH JUGA.

03 - HAI ANAKKU; ORANG YANG MERASA DIRINYA HINA DAN RENDAH DIRI DALAM BERIBADAT DAN TAAT KEPADA ALLAH, MAKA DIA TAWADDUK KEPADA ALLAH, DIA AKAN LEBIH DEKAT
KEPADA ALLAH DAN SELALU BERUSAHA MENGHINDARKAN MAKSIAT KEPADA ALLAH.

04 - HAI ANAKKU; SEANDAINYA IBUBAPAMU MARAH KEPADAMU KERANA KESILAPAN YANG DILAKUKANMU, MAKA MARAHNYA IBUBAPAMU ADALAH BAGAIKAN BAJA BAGI TANAM TANAMAN.

05 - JAUHKAN DIRIMU DARI BERHUTANG, KERANA SESUNGGUHNYA BERHUTANG ITU BOLEH MENJADIKAN DIRIMU HINA DI WAKTU SIANG DAN GELISAH DI WAKTU MALAM.

06 - DAN SELALULAH BERHARAP KEPADA ALLAH TENTANG SESUATU YANG MENYEBABKAN UNTUK TIDAK MENDERHAKAI ALLAH. TAKUTLAH KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR BENAR
TAKUT ( TAKWA ), TENTULAH ENGKAU AKAN TERLEPAS DARI SIFAT BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH.

07 - HAI ANAKKU; SEORANG PENDUSTA AKAN LEKAS HILANG AIR MUKANYA KERANA TIDAK DIPERCAYAI ORANG DAN SEORANG YANG TELAH ROSAK AKHLAKNYA AKAN SENTIASA BANYAK
MELAMUNKAN HAL HAL YANG TIDAK BENAR. KETAHUILAH, MEMINDAHKAN BATU BESAR DARI TEMPATNYA SEMULA ITU LEBIH MUDAH DARIPADA MEMBERI PENGERTIAN KEPADA ORANG YANG
TIDAK MAHU MENGERTI.

08 - HAI ANAKKU; ENGKAU TELAH MERASAKAN BETAPA BERATNYA MENGANGKAT BATU BESAR DAN BESI YANG AMAT BERAT, TETAPI AKAN LEBIH LAGI DARIPADA SEMUA ITU, ADALAH BILAMANA ENGKAU MEMPUNYAI TETANGGA (JIRAN) YANG JAHAT.

09 - HAI ANAKKU; JANGANLAH ENGKAU MENGIRIMKAN ORANG YANG BODOH SEBAGAI UTUSAN. MAKA BILA TIDAK ADA ORANG YANG CERDIK, SEBAIKNYA DIRIMULAH SAJA YANG LAYAK
MENJADI UTUSAN.

10 - JAUHILAH BERSIFAT DUSTA, SEBAB DUSTA ITU MUDAH DILAKUKAN, BAGAIKAN MEMAKAN DAGING BURUNG, PADAHAL SEDIKIT SAHAJA BERDUSTA ITU TELAH MEMBERIKAN AKIBAT
YANG BERBAHAYA.

11 - HAI ANAKKU; BILA ENGKAU MEMPUNYAI DUA PILIHAN, TAKZIAH ORANG MATI ATAU HADIR MAJLIS PERKAHWINAN, PILIHLAH UNTUK MENZIARAHI ORANG MATI, SEBAB IANYA AKAN
MENGINGATKANMU KEPADA KAMPUNG AKHIRAT SEDANG KAN MENGHADIRI PESTA PERKAHWINAN HANYA MENGINGATKAN DIRIMU KEPADA KESENANGAN DUNIAWI SAHAJA.

12 - JANGANLAH ENGKAU MAKAN SAMPAI KENYANG YANG BERLEBIHAN, KERANA SESUNGGUHNYA MAKAN YANG TERLALU KENYANG ITU ADALAH LEBIH BAIKNYA BILA MAKANAN ITU DIBERIKAN KEPADA ANJING SAHAJA.

13 - HAI ANAKKU; JANGANLAH ENGKAU LANGSUNG MENELAN SAHAJA KERANA MANISNYA BARANG DAN JANGANLAH LANGSUNG MEMUNTAHKAN SAJA PAHITNYA SESUATU BARANG ITU, KERANA
MANIS BELUM TENTU MENIMBULKAN KESEGARAN DAN PAHIT ITU BELUM TENTU MENIMBULKAN KESENGSARAAN.

14 - MAKANLAH MAKANANMU BERSAMA SAMA DENGAN ORANG ORANG YANG TAKWA DAN MUSYAWARAHLAH URUSANMU DENGAN PARA ALIM ULAMAK DENGAN CARA MEMINTA NASIHAT DARI MEREKA.

15 - HAI ANAKKU; BUKANLAH SATU KEBAIKAN NAMANYA BILAMANA ENGKAU SELALU MENCARI ILMU TETAPI ENGKAU TIDAK PERNAH MENGAMALKANNYA. HAL ITU TIDAK UBAH BAGAIKAN ORANG YANG MENCARI KAYU BAKAR, MAKA SETELAH BANYAK IA TIDAK MAMPU MEMIKULNYA, PADAHAL IA MASIH MAHU MENAMBAHKANNYA.

16 - HAI ANAKKU; BILAMANA ENGKAU MAHU MENCARI KAWAN SEJATI, MAKA UJILAH TERLEBIH DAHULU DENGAN BERPURA PURA MEMBUAT DIA MARAH. BILAMANA DALAM KEMARAHAN ITU
DIA MASIH BERUSAHA MENGINSAFKAN KAMU,MAKA BOLEHLAH ENGKAU MENGAMBIL DIA SEBAGAI KAWAN. BILA TIDAK DEMIKIAN, MAKA BERHATI HATILAH.

17 - SELALULAH BAIK TUTURKATA DAN HALUS BUDIBAHASAMU SERTA MANIS WAJAHMU, DENGAN DEMIKIAN ENGKAU AKAN DISUKAI ORANG MELEBIHI SUKANYA SESEORANG TERHADAP
ORANG LAIN YANG PERNAH MEMBERIKAN BARANG YANG BERHARGA.

18 - HAI ANAKKU; BILA ENGKAU BERTEMAN, TEMPATKANLAH DIRIMU PADANYASEBAGAI ORANG YANG TIDAK MENGHARAPKAN SESUATU DARIPADANYA. NAMUN BIARKANLAH DIA YANG
MENGHARAPKAN SESUATU DARIMU.

19 - JADIKANLAH DIRIMU DALAM SEGALA TINGKAHLAKU SEBAGAI ORANG YANG TIDAK INGIN MENERIMA PUJIAN ATAU MENGHARAP SANJUNGAN ORANG LAIN KERANA ITU ADALAH SIFAT
RIYA~ YANG AKAN MENDATANGKAN CELA PADA DIRIMU.

20 - HAI ANAKKU; JANGANLAH ENGKAU CONDONG KEPADA URUSAN DUNIA DAN HATIMU SELALU DISUSAHKAN OLAH DUNIA SAJA KERANA ENGKAU DICIPTAKAN ALLAH BUKANLAH UNTUK
DUNIA SAHAJA. SESUNGGUHNYA TIADA MAKHLUK YANG LEBIH HINA DARIPADA ORANG YANG TERPEDAYA DENGAN DUNIANYA.

21 - HAI ANAKKU; USAHAKANLAH AGAR MULUTMU JANGAN MENGELUARKAN KATA KATA YANG BUSUK DAN KOTOR SERTA KASAR, KERANA ENGKAU AKAN LEBIH SELAMAT BILA BERDIAM
DIRI. KALAU BERBICARA, USAHAKANLAH AGAR BICARAMU MENDATANGKAN MANFAAT BAGI ORANG LAIN.

22 - HAI ANAKKU; JANGANLAH ENGKAU MUDAH KETAWA KALAU BUKAN KERANA SESUATU YANG MENGGELIKAN, JANGANLAH ENGKAU BERJALAN TANPA TUJUAN YANG PASTI, JANGANLAH
ENGKAU BERTANYA SESUATUN YANG TIDAK ADA GUNA BAGIMU, JANGANLAH MENSIA SIAKAN HARTAMU.

23 - BARANG SESIAPA YANG PENYAYANG TENTU AKAN DISAYANGI, SESIAPA YANG PENDIAM AKAN SELAMAT DARIPADA BERKATA YANG MENGANDUNGI RACUN, DAN SESIAPA YANG TIDAK
DAPAT MENAHAN LIDAHNYA DARI BERKATA KOTOR TENTU AKAN MENYESAL.

24 - HAI ANAKKU; BERGAULLAH RAPAT DENGAN ORANG YANG ALIM LAGI BERILMU. PERHATIKANLAH KATA NASIHATNYA KERANA SESUNGGUHNYA SEJUKLAH HATI INI MENDENGARKAN
NASIHATNYA, HIDUPLAH HATI INI DENGAN CAHAYA HIKMAH DARI MUTIARA KATA KATANYA BAGAIKAN TANAH YANG SUBUR LALU DISIRAMI AIR HUJAN.

25 - HAI ANAKKU; AMBILLAH HARTA DUNIA SEKADAR KEPERLUANMU SAHAJA, DAN NAFKAHKANLAH YANG SELEBIHNYA UNTUK BEKALAN AKHIRATMU. JANGAN ENGKAU TENDANG DUNIA
INI KE KERANJANG ATAU BAKUL SAMPAH KERANA NANTI ENGKAU AKAN MENJADI PENGEMIS YANG MEMBUAT BEBAN ORANG LAIN. SEBALIKNYA JANGANLAH ENGKAU PELUK DUNIA INI SERTA
MENEGUK HABIS AIRNYA KERANA SESUNGGUHNYA YANG ENGKAU MAKAN DAN PAKAI ITU ADALAH TANAH BELAKA. JANGANLAH ENGKAU BERTEMANKAN DENGAN ORANG YANG BERSIFAT TALAM
DUA MUKA, KELAK AKAN MEMBINASAKAN DIRIMU.

SEMOGA BERMaNFAAT,

;;