Blogger Layouts

Pages

09 Mac, 2010



Surat untuk pemandu/sesiapa yang x bertanggungjawab..

Saudari/saudara yang aku rasa x layak dipanggil pelajar universiti.. Aku nak kamu dengar ape aku nak luahkan..

Nak cerita macam mana? Nak di ulas dalam situasi mana? Nak di perihalkan keadaan yang ntah aku sendiri x tahu ape2? Macamana ia berlaku? Bila ia terjadi? Kenapa ia berlaku? Aku x tau!!!!!!!...Yang aku tau, dah bertempek begitu.. Patutla hati rasa nak bawak kereta hari ini.. Rupanya ada orang yang menabur sesuatu di kereta aku.. Sedarkah kamu wahai orang yang lari dari mengakui kesilapan, bukan senang aku nak dapat kereta tu.. Biarla org kata.. " Ala, kete stakat kereta kancil je, ape kisah..?".. Alahai.. Kamu x tau ape yang aku tahu, ape yang aku rasa.. Apa yang aku tanggung?? Walaupun sekadar kancil, itu harta ayah aku, bukan aku.. Aku dah diberikan tanggungjawab untuk menjaga amanah itu.. N ayah aku dah berhempas pulas, pulang dari Labuan semata2 nak servis kereta untuk aku, servis sana sini, tukar yang itu tukar ini.. Semata2 aku.. Sebab sygnya ayah pada aku... Sudah tentunya aku akan jaga barang pemberian ayah dengan sebaik mungkin.. Aku tau banyak mana pengorbanan ayah pada aku.. Ingat aku kaya ke sebab aku pakai kereta? Ingat aku ni berharta ? Kalo aku x praktikal kat sini, aku pun tak teringin nak pakainya.. Lebih baik pakai motor semata.. Senang..Minyak pun 5 inggit seminggu.. Tapi kerana ambil beratnya ayah pada aku, ayah beri macam2 untuk aku, agar aku selesa dan dapat menjalani praktikal dengan baik.. Tapi sanggup sungguh kamu wahai org yang aku x kenali menghiris hati aku.. Kemek kan kereta aku.. Walaupun sedikit, aku tetap rasa banyak.. Kau dah calarkan hati aku, sungguh.. Kau buat aku sedih sungguh hari ini.. Kau buat aku x bersemangat nak bentang.. Kau hampir buat aku menumpahkan air mata kesedihan.. Aku kecelaruan..

Orang yang xdikenali..
Kalo kau tahu erti kemanusiaan, n ingin menebus kesalahan, ape salahnya kau mengakui kesilapan, tinggalkan notis tanda kekesalan.. Aku, kalo orang mengakui kesilapan, aku dengan sendiri akan memaafkan.. Aku pun tau erti sebuah perikemanusiaan... Hati aku xkan menyumpah yang bukan2.. Kalo sekadar marah, akan sejuk kemudian.. Tapi kenapa kau lepaskan.. Segala kesilapan.. Dan menyusahkan aku yang kesempitan.. Aku bukannya kerja wahai kamu di sana.. Aduhai.. Tiap kali aku masuk kereta, perasaan sedih mengundang tiba.. Tak sanggup rasanya mendengar keluhan kereta yang merana, Berkeriak keriuk tatkala dibuka.. Dan semakin segan membuka pintunya.. X boleh buka, di tarik2 luas2,, bimbang pula buruk padahnya..

Aku nak kamu disana sedar.. Bukan aku x berduit nak ketuk bodi kereta.. Cuma sekadar terkilan cuma.. Dan rasa terkilan di dada.. Aku rasa aku x menyusahkan sapa2.. Sepanjang aku berkereta.. Sesiapa yang mahu ditumpangkan, aku menerima dengan hati terbuka.. Tak ku sedar ada yang cemburu buta.. Dan melempiaskan rasa di dada, dengan cara yang sebusuk rupa.. Kau sedarkah orang disana.. Kalo ko memang berniat nak menganiaya, Allah ada melihatNYa.. Tapi jika kau tak tersengaja terlanggar atau terundur kereta.. Minta2 kau sedar selalu wahai sang buta.. Buta sebab x nampak kereta ku yang dah duk tersedia.. Dunia ni berputar sentiasa, sekejap di atas, sekejap di bawah semula.. Masa kau kena nanti, mgkin aku dah tiada.. Bila kau nak meminta maaf, aku pun x tau nak cakap apa.. Sebab Allah yang menentukan segalanya..

Duit, bukan segala2 nya.. Hati budi, tanggungjawab dan kesedaran itu lebih bermakna.. Jujur mengaku silap, aku x akan menghukum penuh derita.. Sekadar tazkirah sekejap, dan senyum semula.. Tu pun kau masih berfikir segala.. Alahai.. Bertaubatlah banyak2 wahai kamu di sana..

Ayah.. maafkan anakmu.. X kan ku cerita padamu.. Kerana aku takut kau menghukum ku.. Dan kau bersusah hati padaku..Tapi tunggulah satu hari nanti kau bakal tahu juga.. Masa2 kau pulang ke pangkuan kami semua..

Apa2 yang berlaku.. Aku maafkan kamu yang x aku kenali.. Pinta jangan buat pada orang lain lagi.. Bimbang kau akan dimaki, xtau lagi apa yang bakal di buat lagi.. Di sepak terajang time tu aku dah tak amik peduli...

Dengarlah nasihat aku ini.. Aku redha.. Sedih sekejap perkara biasa.. Hidup perlu diteruskan, Ape perlu dikenang2.. Dah Allah ckp cantik kereta ku sekejap.. Sekejapla yang aku rasa nikmatnya.. Mungkin ada hikmahnya... Aku x tau.. Tapi aku cuba berlapang dada.. Berlapang dada, hati x sakit, jiwa pun x kacau..

Aku pesan pada kamu dan diri aku sendiri, hidup biar berjasa, jangan sekali2 menyusahkan orang.. Biar malu di dunia, mengaku kesalahan, dimarah kafarah dosa, dari malu di akhirat, di khalayak semua.. MasyaALlah.. teramat malu..

Sekian.. Harap kamu mengerti dan fahami..

Terima kasih.. Moga Allah memberkatimu dan membukakan hatimu mengaku kesalahanmu.. Amin..

Dari..
Tuan punya milik,
Kereta kancil Warna Silver
TAC 4245
Tarikh perasan kereta dilanggar :9 Mac 2010
Tarikh suspek kereta dilanggar 7@9 Mac 2010

05 Mac, 2010


Aku Terima Nikahnya.. Sebelum ni xpernah kisah program Kapreza ni.. Poster pun just tengok sekali imbas.. Bukan x berminat.. Cuma bagiku rasa x menarik..Lagipun xade member nak teman @ join sekali.. Tapi tadi aku join kelas Cara Pencarian Database [lupe the exact title].. Kat PTSL UKM.. Bagi aku kelas ni penting memandangkan aku bakal buat proposal n thesis.. So pengetahuan sebegini should be ada pada aku.. Supaya tidak terkontang kanting time aku memerlukan.. Kelas Pencarian Database ni mengambil masa lebih kurang 2 jam..Letih sebenarnya hari ni.. Yela.. Seharian duk menyiapkan esenment Ulumul Quran.. Time kelas tu, sambil2 boring, borak2 dengan Umrah, tetiba die ajak aku join program malam ni.. Seronok jugak dengar..Lagipun ade member.. Aku dengan hati terbuka menerima perlawaan Umrah..[ape2 pun terima kasih ye Umrah..Akak hargai sgt]..

Balik clas database..tido jap [ letih bangat seh].. Lepas isya' go to the Za'ba dengan motor buruk ku.. Siyes.. Aku kate memang ramai orang.. Agak meriah jugak berbanding KIY buat..Diakui memang Kolej Za'ba mempunyai ramai penghuni, n adalah perkara biasa kalo setiap program yang di anjurkan, bakal mendapat sambutan yang ramai...:) Huhu..

Pasal2 nikah ni, aku x nak ulas banyak2..Bimbang di salah tafsirkan oleh org.. Di kata 'gatal' kan payah.. Allo..Tak salah menambah ilmu kan?? Dah forum kawin yg aku pegi, itu la yang di discuss.. Jgn condemn aku bukan2 (xpasal2, aku dapat pahala free.:))Apa2 pun, aku tertarik dengan ape yang di utarakan oleh Ustaz Mohd Ajib . Dia cakap..Dalam sebuah perkahwinan itu perlu dan wajib ada 5 perkara iaitu

1. Loving (syg perlu ditunjukkan, bukan dipendam dalam perasaan, dengan harapan pasangan akan paham.. x payah tunjuk ego, lontarkan perasaan syg, nescaya kamu akan rasa disayangi n kalo pasangan perasan, dia akan membalasnya dengan kasih syg yang melimpah ruah..)

2. Sharing (jgn berkira dalam sebuah perhubungan..Jgn sebab buah kita yang beli, di simpan elok2, di warning pasangan jgn sentuh, sebab bukan die yang beli..hak2..ade aje..)

3. Caring (dengan sape2 pun perlu kita ambil berat.. apatah lagi pasangan sendiri..)

4. Giving ( selalu memberi dan tak mengharapkan balasan..tapi jika selalu memberi dan selalu mendapat balasan, tanda pasangan yang begitu menghargai apa yang diberi, itu lah sebaik2 perhubungan)

5. Forgiving (saling memaafkan..)

Ayat yang paling aku rasa aku boleh terima ialah..Biar ape2 pun yang anda ingin kan ada pada pasangan anda.. Apa yang anda harapkan pada pasangan anda.. Bila Allah dah takdirkan itu jodoh anda, terima lah dengan redha, seadanya..tanpa merungut..

Rase nak gelak..Kalo dah jodoh dengan yang 'boroi'..jgn di anggap sebagai satu keaiban, ingat..!! Boroi tanda penyayang. N diakui oleh pakar2.. Huhu.. Ape guna cari yang hensem yg amat.. Hati risau+jiwa kacau..Kerna bimbang laki di kebas orang.. huhu...

Aku??? No komen..:)

Lupe..Mcm best je buku kat atas tu.. Memang laris mcm pisang goreng bagai nak2 sekarang ni.. Nak beli?? Ntahla.. fikir2 dulu.. Kalo ade pulus.. huhu.... Lagipun x sesuai bacaan sebegitu skrg.. Bila rasa perlu.. InsyaAllah ade la tu tergeletik di atas meja.. :).. Sekarang??? NO WAY...(maaf ye tuan pengarang)..

Seriously.. aku x minat discuss pasal kawin sgt (melaghakan hati, berangan menggunung tinggi).. Kalau dh dtg seru, dtg la..teruskan.. jgn di angankan yang bukan2.. Kesian...Berharap yang bukan2..Tapi xdapat..Menangis x berkesudahan.......Im simple je..!!!!!!! Huhu..

04 Mac, 2010


Restoran guna sijil halal palsu


Pegawai Jakim (kiri) menyoal siasat petugas sebuah restoran di Damansara Damai, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 3 Mac - Mengaku Islam tetapi tergagap-gagap apabila diminta mengucap dua kalimah syahadah dan membaca Al-Fatihah.

Akibatnya, bukan sahaja tembelang pekerja sebuah restoran mamak di Damansara Damai itu pecah, bahkan muslihat majikannya memalsukan sijil halal turut terbongkar.

Ketika pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjalankan sesi ujian dalam serbuan di restoran itu hari ini, pekerja yang berasal dari selatan India itu hanya terkebil-kebil ketika dia yang mengaku Islam diminta mengucap dan membaca surah Al-Fatihah.

Serbuan pada pukul 11 pagi itu dilakukan sepasukan pegawai Jakim dibantu pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya.

Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Amri Abdullah berkata, ia dilakukan selepas pihaknya menerima aduan pengguna yang keliru dengan status halal restoran tersebut yang majoriti pekerjanya adalah warga asing.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati terdapat tiga logo halal disyaki palsu ditampal di tiga penjuru restoran yang dimiliki oleh peniaga bukan Islam itu.

Katanya, seorang penyelia restoran yang disoal siasat cuba memperdayakan pegawai penguat kuasa dan mendakwa restoran itu ditauliahkan sijil halal Jakim.

Bagaimanapun, katanya, helah tersebut tidak berjaya kerana dia gagal menunjukkan sijil itu apabila diminta.

"Lelaki terbabit kemudian memberi alasan sijil halal berkenaan disimpan oleh pemilik syarikat yang kini berada di Kedah atas urusan perniagaan," katanya ketika ditemui selepas mengetuai operasi itu di sini hari ini.

Menurut Amri, alasan itu dianggap tidak munasabah kerana kebiasaannya pemilik restoran atau kilang akan mempamer atau menggantungkan sijil halal dalam premis untuk meyakinkan pelanggan.

"Curiga dengan alasan diberikan, maka kami sengaja mengatur sesi ujian ringkas dengan meminta penyelia kedai terbabit menunjukkan pekerja beragama Islam yang ada di restoran itu.

"Dia segera memanggil seorang pekerjanya yang didakwa beragama Islam berasal dari India.

" Namun, mengejutkan apabila dia (pekerja berkenaan) langsung tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah apatah lagi membacakan ayat mudah seperti surah Al-Fatihah apabila diminta," katanya.

Amri berkata, ditanya sama ada dia pernah mendirikan solat, lelaki terbabit mengaku hanya ibu dan kakaknya di kampung sahaja yang bersembahyang.

Katanya, ini jelas menunjukkan lelaki terbabit hanya Islam pada zahirnya tetapi tidak pernah faham atau mengamalkan ajaran Islam sebenar.

"Sehubungan itu, pihak Jakim percaya semua pekerja di restoran terbabit adalah bukan Islam dan tidak layak untuk mendapatkan sijil halal," katanya.

Bimbang pemilik restoran terus memperdaya pelanggan, kata Amri, pihaknya mengarahkan supaya logo halal terbabit ditanggal serta-merta.

Katanya, pemilik restoran itu boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 15(1) Akta Perihal Dagangan 1972 kerana memalsukan logo sijil halal Jakim yang boleh membawa denda maksimum RM250,000 jika sabit kesalahan.

Komen: Dengar semua peminat Mamat corner...apekah kamu xde kesedaran ke? kalo ketagih sangat, ape kate try /cuba test pekerja kat kedai mamak kesukaan kamu tu, leh mengucap tak?? kalo ble, try 10 org pn lagi baik.. Menambah keyakinan..Aku?? Dah bertobat dah lama.. Dah lame tak makan chapati kesayanganku.. Ape2 pun .. jagalah sumber makanan kite.. Sebab ia menjadi sumber darah daging kite... Ape yg boleh kite tegah, kite tegah.. Jgn pekak kan telinga n buta kan mata.. :)

DALAM NEGERI

Guru sedia ke pedalaman - NUTP

KUALA LUMPUR 3 Mac - Penempatan guru di kawasan pedalaman bukan suatu masalah malah golongan itu telah menyahut cabaran tersebut sejak ia dilaksanakan awal 1970-an.

Walaupun terpaksa mengajar dalam keadaan serba kekurangan pada masa itu, guru-guru tersebut masih mampu memastikan anak didik mereka berjaya tanpa memikirkan soal ganjaran.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, keadaan itu berlaku disebabkan semangat patriotisme yang tinggi di kalangan mereka untuk mendidik anak bangsa.

"Saya sendiri pernah ditugaskan mengajar di pedalaman Sarawak pada awal 1970-an dan mampu mengharunginya berbekalkan semangat tersebut," katanya kepada Utusan Malaysiaketika dihubungi hari ini.

Tambahnya, semangat patriotisme yang tinggi juga secara tidak langsung membantu para guru bertugas secara lebih efektif di kawasan berkenaan.

Justeru, kata beliau, semangat itu perlu disemai sejak di bangku sekolah dan menjadi sebati apabila mereka menempuh alam pekerjaan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam berkata, guru akan diwajibkan bertugas di pedalaman dan luar bandar antara tiga hingga lima tahun dalam tempoh perkhidmatan sebagai salah satu langkah mengatasi kekurangan tenaga pengajar di kawasan itu.

Beliau berkata, Kementerian Pelajaran juga akan mewajibkan guru baru mengajar di pedalaman sekali gus mengelakkan sistem pendidikan negara dalam kepincangan berikutan keengganan guru bertugas di kawasan berkenaan.

Hashim menambah, para guru seharusnya menjadi contoh yang baik kepada anak didik mereka dengan menunjukkan semangat patriotisme yang tinggi dalam memberi pendidikan kepada anak bangsa walaupun terpaksa mengajar di pedalaman.

Menurutnya, hanya dengan semangat patriotisme rakyatnya yang tinggi, sesebuah negara itu boleh mencapai kemajuan.

DALAM NEGERI

ARKIB : 03/03/2010

Wajib bertugas di pedalaman?


Muhyiddin Yassin bertemu kakitangan Kementerian Pelajaran selepas menyampaikan amanat kepada kakitangan kementerian itu pada majlis perhimpunan bulanan di Kuala Lumpur, semalam. – Bernama


KUALA LUMPUR 2 Mac – Kerajaan akan menimbangkan untuk mewajibkan semua guru bertugas di kawasan pedalaman antara tiga dengan lima tahun daripada tempoh perkhidmatan mereka.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kumpulan sasaran untuk menyahut cabaran itu ialah guru-guru yang masih belum berkeluarga.

Katanya, langkah itu akan menjadi satu bentuk dorongan dan cabaran baru kepada warga pendidik untuk bertugas di kawasan pedalaman di atas dasar khidmat sosial kepada negara.

Beliau berkata, cadangan itu bertujuan mengatasi masalah penempatan guru di kawasan pedalaman yang menjadi salah satu cabaran besar yang dihadapi Kementerian Pelajaran pada masa ini.

“Dalam tempoh 30 tahun guru berkhidmat, mungkin boleh antara tiga ke lima tahun dari tempoh itu mereka memberi perkhidmatan di kawasan pedalaman.

“(Ini) sebagai satu kewajipan, bukan sebagai satu pilihan dan ini memang perlu kita lihat,” katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian sewaktu ditemu bual dalam rancangan Agenda Awani yang disiarkan oleh stesen televisyen Astro, di sini malam ini.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, kerajaan sebenarnya telah menyediakan beberapa bentuk galakan untuk guru bertugas di kawasan pedalaman seperti elaun sara hidup maksimum RM1,500 sebulan.

Bagaimanapun, katanya, yang lebih penting ialah kesungguhan dan kesediaan warga perguruan untuk berkorban demi anak bangsa.

“Kalau semua nak pergi ke kawasan bandar, tidak ada pihak yang bersedia untuk berkorban mendidik anak- anak di pedalaman. Ini adalah satu kepincangan dalam sistem (pendidikan) kita,” katanya.

Dalam pada itu, mengenai arahan mewajibkan setiap pelajar sekolah menengah dan rendah mengambil satu jenis sukan bermula tahun depan, Muhyiddin berkata, pihak sekolah tidak wajar memberikan pelbagai alasan untuk tidak mematuhinya.

Muhyiddin mengakui antara masalah yang ditimbulkan ialah sesetengah sekolah terutama yang tidak mempunyai prasarana sukan mencukupi seperti kemudahan padang dan kelengkapan.

Beliau berkata, mereka masih mempunyai alternatif lain seperti menjalinkan kerjasama menang-menang dengan persatuan sukan, badan korporat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menggunakan kemudahan yang dimiliki oleh pihak berkenaan.

“Sukan mempunyai prospek yang amat besar dan saya yakin ia mampu dilaksanakan serta pada masa yang sama, kerajaan sedia memberikan kerjasama sewajarnya.

“Selain itu, kerajaan juga mempunyai tujuan bersifat serampang dua mata dalam melaksanakan dasar ini iaitu bagi menangani masalah terlalu ramai kanak-kanak yang mengalami masalah obesiti,” katanya


Komen aku sendiri berkaitan isu ini..

Aku honestly... Takut jugak bila mendengar semua ni.. Seriously.. Kalau aku ikut kan hati..xingin untuk ke pedalaman... Selama ini dimomokkan guru lepasan Universiti, hanya akan bertugas di kawasan bandar..Bila terjadi begini.. terhantuk sendiri..

Semua ini amanah Allah.. Pergila ke ceruk mana pun ..Maka laksanakanlah tugasmu sebagai seorang daei...Kalo aku fikir, kalau memang Allah dah tetapkan aku bertugas di sana.. Aku redha.. Tapi memakan masa dalm 3-5 tahun..Andai sampai jodohku dalm 3-5 tahun itu.. Ada cahayamata..Suami jauh di sana.. Gi mana kabarannya hidupku?? Kalo suami yang dimiliki memahami.. alhamdulillah...tapi jika yang x betah berjauhan, gi mana? aku pun ikhlasnya, kalau dah berkeluarga, x sanggup rasanya hidup berjauhan sampai menjangkau 5 tahun...Dugaan ni..Bukan ku memilih..Cuma memikirkan kemungkinan2 dugaan yang bakal dihadapi.. Apa2 pun aku bertawakal pada Allah... Dia yang mengtahui segala2nya..

Persoalan ini ditimbulkan oleh sahabatku..Takut.. Nak cari calon cepat2 jugak.. Takut pegi ke pedalaman.. Seriously,.. kalo dulu, aku memang takut..Tapi sekarang.. Aku x kisah.. Andainya jodoh belum sampai, aku redha di hantarkan ke sana.. Kerana aku teringat azam ku tika pertama kali ditemuduga untuk menjadikan guru, persoalan yang sama ditimbulkan oleh sang penemuduga.. Aku dengan yakin, menjawab aku x kisah.. Hakikatnya memang begitu.. Bila semakin dewasa, semakin dikuatkan azam, ditambah dengan motivasi seseorang.. Aku amat diperlukan oleh mereka yang memerlukan.. X perlu penting kan diri.. Yang penting, kejayaan bangsa sendiri di titipkan dan diharapkan..

Nah itu lah jawapanku.. Jangan di tanya2 lagi.. Kalo tiba jodohku saat ni.. Aku juga tak menolak..Mungkin Allah nak ubahkan nasibku x mengajar ke pedalaman.. Mungkin nasibku di tempat lain, mengajar dan berbakti........Tapi x ble nak dijadikan sebagai perkahwinan itu sebagai alasan.. Apa2 pun semua itu Allah yang tentukan.. Bila Dia berkata jadilah, maka jadilah atas kehendaknya.. Bukan atas kehendak manusia.. Walaupun seteliti mana manusia merancang dan mereka..

Kawan2... Bersabarlah...... Kita bukan siapa2 untuk menentang, dan bukan sapa2 untuk merancang...Bertawakallah kepada Allah.. Dialah sebaik2 tempat memohon pertolongan... :)





Tergelak sorang2.. Terngiang2 di benakku kata2 mummy ku..huhu..Hampir sejam berborak2, sampai hampir kehabisan kredit yang aku top up pada hari ni.. Xape..Demi melepaskan kerinduan yang melanda..Aku x kisah.. Janji hati puas.. :)


Banyak benda atau isu yang diperbincangkan: termasuk umah, mak sedara yang baru bersalin, ayah, adik.. Segala2nya.. Huhu.. Ma kalo bercakap x henti2.. X bosan layan karenah ma, ape2 pun dia kebosanan di rumah..Bile aku call, memang banyak benda nak di sampaikan... Sampai satu ketika, terluah juga persoalan aku yang bermain di fikiran selama semalaman.. Aku dengan x malu bertanyakan hal ni pada ma..


"Ma, ikhlas ye jawab..Ma rase ayu ni lembut x?"


Jawapan yang keluar dari mulut ma aku, boleh ku agak.. Ma tergelak besar x henti2.. :)Aduyai.. Kelakar ye ma.. Lembut?? Huhu.. Ma cakap peratusan yang boleh ma bagi ialah 50 percent.. bukan lembut sangat n bukan kasar sgt.. Sederhana je.. [lega hatiku dengar pengakuan ma].. Banyak juga persoalan lain yang ditimbulkan.. Ayu ni garang ke? Pemanas ke? Cepat melenting ke? Dalam nada gelak, ma ckp.. xde la sgt ..Huhu.. Berdasarkan penjelasannya, dapat ku pastikan aku ni dalam kategori yang ber'angin'...Kalo time angin baik..Baik sgt la anak ma ni, pijak semut xmati[istilah aku].. Kalo time datang angin pus2, payah jugak, kena bagi reda dulu...Baru ok.. Ma kate kalo nanti pasangan hidup aku org pandai memujuk n lemah lembut, mmg aman damai la hidup..Tapi kalo sebaliknya, maka retak seribula rumahtangga[org tua lebih fhm hal2 ni]Ape2 pun aku mmg jenis mendengar kata.. Hurm.. aku akui kata2 ma tu.. Aku ni pyh nak marah org, lebih suka diam diri, tp kalo sediam2 aku, aku ade perasaan. aku selesa bercakap dgn org yg lembut hatinya, mcm adik aku , Humaidi yang lemah lembut.. Die pandai layan perasaan aku, teratur orgnya, maka aku selesa dan sayang padanya, n aku pun akn berlembut dgnnya.. Berbanding adikku yang bongsu, agak kasar, keras kepala, n kdg2 aku lak di tengkingnya, maka aku x boleh sgt masuk dgnnya..Kalo marah sgt, n tak mampu buat apa2, aku nangis aje.. [aduhai] Baik juga adik yang bongsu tapi x sebaik dgn Humaidi..


Penting sgt ke entri ni..? Berfaedah ke untuk bacaan ilmiah?? Xde la.. just untuk kepuasan sesetengah pihak yang masih mencari2 ape yang diri hendak dan capai..N aku tercari2 juga apa yang ada pada aku sebenarnya.. Aku terfikir2 kenapa ada sesetengah org ckp aku ni jenis lemah lembut.. Hakikatnya aku rase aku xade la sebegitu.. [x dapat dirungkai dengan kata2].. Semalam aku tanya rumetku aku ni mcmana.. Haha.. Seolah2 nak kuar aib sendiri.. Rumetku pun ckp aku ni x banyak karenah, pendiam, tpi peramah bile dah kenal.. N aku ni xde la suke marah2 x bersebab, x pernah nampak melenting.. Cuma die juga anggap aku ber'angin'..Kalo baik, baik sgt, peramah sgt, tp kadang2 bila ade masa, aku diam x berbicara,tp xbermakna aku tengah marah .. Apa2 pn dia ckp, dia dah biasa hadapi semua ni sebab adiknya pun seorang ada yang sifat mcm aku..... [mcm tu plak ye]..Aku x puas hati lagi sebenarnya.. Aku tnye lagi seorang kawan baikku..Dia pun ckp aku xde lembut sgt, xde kasar sgt.. biase2 aje.. N dia ckp ape2 pun saya selesa kawan dgn awak, xbanyak masalah..


Nak ketawa bila dia ckp.. Sifat kasar jelas kelihatan time aku merempit dengan motor.. Mcm x ingat dunia.. Huhu2.. Mcm2 persepsi yang diutarakan.. Apa2 pun aku terima dengan hati terbuka.. Hurm.. Aku xde la nak condemn sape2.. Aku x katekan aku ni 100 perfect.. Bila aku tau aku ade kekurangan, aku selidiki dahulu, buat pemerhatian, inferens, n aku akui aku ade kekurangan.. Jika ma sendiri yang utarakan pandangan sebegitu, aku bukan sape2 nak menegah atau untuk memperbaiki fakta itu.. Aku terima seredha redhanya..Sebab ma yang melahirkan aku dan dia tahu apa yang terbaik untukku..


Aku adalah aku.. Aku x boleh jadi sape2 selain daripada insan bernama Ayu.. Aku x boleh nak hipokrit pada diri sendiri.. Aku x boleh tipu mana2 hati org lain untuk menerima yang aku adalah yang terbaik... Aku x boleh paksa sapa2 nak menerima diri aku.. Keihlasan itu penting.,.. Kejujuran itu lebih bermakna. Aku sayang sebuah perhubungan.. Namun kalau apa yang diinginkan, bukan seperti yang diharapkan, apala yangmasih dipegang2..Berterus terangla kepada ketidakselesaan..Dan seandainya ada sebuah keredhaan.. Aku bersyukur atas ketentuan.. Tapi seandainya tiada apa yang lagi diharapkan.. Aku berserah segalanya kepada Tuhan yang menentukan..


Aku bukan siapa2..Aku hanya manusia.. Yang x lepas dari kesalahan..


Terlupa.. Memaklumkan.. aku kembali menjadi sihat.. Akal fikiran +perasaan.. Maaf semua jika ada kekasaran.. Tika aku menahan kesakitan.. Menanggung sebuah beban.. Dan aku lepaskan apa yang terpendam kepada orang..Sehingga menimbulkan kesedihan @ ketidakselesaan.. Ketahuila..aku sendiri bingung kenapa aku melakukan..Kepada org yang aku sayang .. Tapi nasib dah x boleh diputarkan.. Ma bilang , memang bila kau sakit, perasaan mengatasi akal.. Memikirkan bila kesihatan yang walafiat bakal menjelma.. Di campur dengan amarah kesakitan.. Dan masalah yang menerpa.. Semua menjadi seteru.... Sape2 yang hadir tika itu menjadi haru.. Dan pasti ada di antara mereka yang terkedu..[maafkan aku]..


Buangla perkara yang x baik dalam diriku..Secepat yang ku mampu... Aku x nak menjadi bernanah dan menjadi darah daging dalam hidupku.. Dan membakar amarahku sampai satu waktu.. Aku bimbang aku x bisa menjadi aku yang dulu.. Kerana syaitan/jin menguasai jiwa dan perasaan ku..


Aku seru.. Apa2 yang berlaku.. Fikirlah dengan akal yang waras...bukan dengan perasaan yang menggila..Aku bimbang aku dipersalahkan.. Andai aku menjadi sebahagian.. Kehidupan seseorang yang tidak mengharapkan.. Sifat sepertiku didalam perjalanan yang di idam2kan..


Aku insan biasa.. Hanya mampu mengukir senyuman.. Walau apa2 badai yang mendatang..:)





02 Mac, 2010

Hari ni adalah hari pertama aku mid term.. Kali ini untuk subjek Kajian Teks Tafsir dan hadith.. Aku harap2 ini adalah subjek pertama dan terakhir aku mid term untuk kali ini.. Subjek Fakulti Pendidikan, jarang sekali mengadakan mid term.. Tapi memandangkan aku amik subjek FPI, mereka biasa adakan midterm, kitorang cikgu student kenala ikut prosedur diorang...

Dengan ini aku umumkan bahawa aku memang x study semalam.. Dan memang aku berdebar time g clas tadi.. Memang aku niat nak study, tp aku x larat..'Benda' ni semakin menjadi2.. Selepas clas terakhir semalam, lebih kurang pukul 7 petang aku balik.. Aku terus baring.. Letih+sakit =x tau nak ckp ape2...Bilik bersepah2 aku buat..aku terlepek kat lantai..n terlelap..sedar2 umet aku balik..haha[time ni aku malu sungguh].. Dia bawak balik adik die..[aku bangun, minta maaf pada dia sebab sepahkan bilik [memang ble aku sakit, aku mcm2 buat+mengamuk+menjerit,nasib baik xlontar barang2]..Dia x ckp ape, just ckp.."Xpe ayu.."..X peduli dah pndangn adiknye mcmana, lepas kemas skit2, aku tido balik smpai kul 10... Rase kosong + sedih[dugaan ape ni Ya Allah]..:( Lepas mandi2, solat2..aku mmg niat nak study..Tapi aku xmampu..aku tido lagi sampai pagi.. Bahananya, aku pegi ke kelas tanpa persediaan ape2..


Alhamdulillah, Allah masih bantu aku.. Exam tadi berjalan dengan lancar.. Sempat juga aku mengerling nota sikit2 seblm exam start.. Rupe2nye bukan pengisian dalam kitab di tanya oleh ustaz, tapi tandakan baris teks yang diberi, terjemahkannya dalam bahasa melayu n beri pengertian hadis.. Walaupun bahasa arab aku bukan dikategorikan "power", tapi aku masih boleh buat sehabis baik.. Tak disangka2, tiba2 , auditorium siswa kami 'black out'..Time tu memang gabra giler la sbb aku blum siap jawab sepenuhnye.. Alternatif yang aku buat= bukak lampu nset n suluh n jawab sampai siap.. Alhamdulillah, walaupun xdapat penuh markah, sekurang2nya aku x dapat 'telur ayam'..[huhu]..

Sepanjang hari aku letih.. padahal sepanjang malam aku tido, n tdi sebelum zohor pn aku tido.. Aku 'faham' sgt...Kalo aku x berpengalaman menghadapi semua ni, mesti aku fikir aku ni dah nak mati kot.. Hurm.. Sabar la Ayu... Makin tekad dirimu nak berjuang, makin kuat dugaan yang melanda.. Makin tekadku nak buang, makin hebat jiwaku di goncang..Paling ketara time kelas Tarikh Mushaf tadi.. Bile ku bincang dengan Kak Lin, n Nuyu, ajak temankanku ke Daru Syifa' esok, perasaan 'itu' datang menggila..Aku x keruan langsung..Kaki menggeletar tiba+lenguh lumpuh segala anggota..Hati jadi sedih sgt..Ya Allah..hampir aku nangis dalam kelas tdi, .. Aku rase nak menjerit-jerit..Teringat aku ni depan ustaz lelaki, aku tahan2..Banyak fikir,aku ni dh masuk U, ape yg kau buat kat maahad dulu, jangan kau buat kat sini..+rase malu..Berulang kali aku berIstighfar [Ya Allah tolong aku]..Demi Allah, aku xfokus dlm kelas tdi..Dayah+Anis, maafla aku x dengar korang bentang tdi..:(.. Korang x tau ape aku rase...:( Aku x tipu..Aku x berdusta.. Kadang2 ade org x percaya.. Tapi aku tau ape aku rasa..Alhamdulillah, benda tu datang sekejap je..

Apapun, korang bentang tadi best, especially Dayah.. :)..Walaupun kita ada krisis dulu, aku dah lama lupakan.. Dan aku dah maafkan ko.. N harap ko bahagia dengan sape2 pun pilihan ko.. Lepas clas, solat asar jap..[sama Eni+fina].. N nak ke kelas Jawi n Khat plk kul 6.00 sampai 7.30.. Tak sabar tau nak pegang pen khat..Walaupun aku tau tulisan aku x cantik, tapi aku pn nak belaja tau..huhu..Mase lepas solat, Eni duk tenung aku [malu aku] n kate kat aku..."Lainnye ko x pakai spek...comeyla..".mase ni aku dah rase kembang kempis menahan malu.. kui2..Alahai Eni.. kte kawan dah lame, aku g solat kat bilik ko,makan bilik ko, x kn x perasan.. Hahaha..]..


Sesungguhnya kata2 die membuatkan aku teringat pada ustaz yang pernah mengajar aku di KUIS [sungguh aku rindu die].. USTAZ SUBARI..Ustaz yang kental, sporting, ajar kitorang Usul Fiqh+ FIqh Munakahat.. Bagi aku, x malu aku katakan dia adalah ustaz kesayangan aku.. Semua orang sayang ustaz, maka x hairan la ustaz diangkat dan dilantik daripada jadi Ketua Jabatan Syariah kepada Dekan Jabatan Pembangunan Pelajar (JPP).. Memang ustaz layak..Vote for ustaz..:)

Aku x malu nak ckp aku syg sungguh ustaz Subari.. Time kelas die, wajib bagiku duduk di barisan hadapan, n aku x segan nak angkat tangan tanya itu ini... Sampai satu ketika, bila ustaz lambat datang ke kelas, member2 laki ckp kat aku[aku lupe sape]..Die kate " Ayu ko pegila panggil ust.. Ko kan murid kesayangan die"..Iyeke? Aku x tau.. Ape2 pun memang aku wajib kan diriku dapat A untk subjek die.. Mungkin benar kate budak tu kot[kot2 aku yg perasan]..Buktinye, mase aku kuar dri KUIS n melanjutkan pelajaran ke UKM, aku x sempat jumpe dgn ust.[kuar melulu]... N bile aku wat program bicara Ad-Din, aku hubungi ust Subari nak jemput plajar KUIS dtg UKM.. Die ckp kat aku.. "Ingatkan awk dah x ingat kat ust dah"..Memang aku terasa time tu.. N aku cuba buat2 lawak..n akhirnya ust minta aku jumpanya esok hari..Bila aku pergi ke KUIS, aku tunggu ust..[time tu pegi dengan Dayah]...Dari jauh, die nampak aku,aku tengok ust.. N die buat2 nak lari.. Aku x tentu arah, aku berlari2 anak kejar ust....Aduhai.. Mula2 die bermukadimah, aku tau, die banyak menyindir aku sebab aku x bagitau die aku nak keluar.."..Memang sebelum ni member2 pernah ckp, ustaz dh lama cari aku..

Time tu memang aku asyik minta maaf je[mmg rasa bersalah].. Ustaz wat muka duno je..aku tau ust merajuk.. Lame2 die ckp ok n berbincang tentang kehadiran student KUIS ke program aku anjurkan.. Lama sungguh berbual, seolah2 merasakan diri sebagai seorang kawan(bkn student)..aku bercerita tanpa berselindung dgn ust, sampai satu tahap, org nak jumpa ust, die suruh tunggu[lame jugak die tunggu] smpai aku habis bercerita.....Dulu2 pun aku ske bertenggek kat bilik ust..Sbb dulu aku pernah dilantik jadi naqibah, 2 sem berturut2..N ust pun penah blanja aku makan KFC [kebetulan time tu pejabat ade jamuan]..Yang aku terharunye, mase diorang [kakitangan pejabat] duk tgh makan, ust x makan lagi.. Die amik 2 ketul ayam, asingkan letak kat dalam plastik, n makan.. Kemudian ust berbincang dengan aku tntang isu[aku lupe], n mase aku nak balik, ust hulurkan plastik ayam [2 ketul ayam+air kalo xsilap] padaku.. Sungguh aku rasa terharu, sbb ust begitu prihatin...Hakikatnye aku tak terliur langsung time tu..sumpah!! Apapun, aku mmg rasa terharu bangat2..Nak makan pn syg,banyak ditenung ayam sebelum ditelan.. Huhu..... Aku x citer pada kawan sekelas, bimbang timbul rasa kurang senang.. Tapi ni blog aku, kut ske aku nak tulis ape.:) huhu Ntahla..rase rindu pada keletahmu ustaz.. Hilang mu di KUIS tiada pengganti.. Kat UKM pun masih tercari2, tapi x jmpe2..

Panjang pula cerita pasal Ustaz Subari ni.. Sebenarnya ape yang nak disentuh aku disini ialah kata2 Ustaz pasal perempuan n kata2 Eni tadi... satu hari die ckp dengan telusnya pd kami semua..

Antara point2nya[ayat2nye aku gubah sndiri].:

" Betulla perempuan ini sebaik2 hiasan dunia..Buat ape2 pn tetap nampak cantik.. N perempuan ni ade banyak wajah..kalo yang berspek, ade 3 wajah, kalo xpakai spek, ade 2 wajah aje"..Kalo yang berspek 1 wajah masa pakai spek, 1 wajah mase x pakai spek, 1 wajah mase pakai tudung..Yang x pakai spek, cuma ade 2 wajah, mase pakai tudung n x pakai tudung..Boleh pilih yang mana2..Nescaya hidup x kan bosan.. "..

Aku terpana gak dengar kata2 dia tu.. Tapi bile fikir2 pun, betul gak katenya...Ala..bini nye pakai spek, sbb tu Ust ble buat pengakuan macam tu.. Tapi aku salute la sbb ust ckp mcm tu.. Sekurang2 nye dapat mengangkat martabat org yang di klasifikasikan sebagai 'cacat ni'..
Sebab ape aku kate mcm tu ..Kerana aku pernah dengar pengakuan lelaki lain[ time tu aku duk maahad lagi]... Die merupakan suami warden asrama pempuan.. Die ckp kat aku n kawan.."Rugila awk pakai spek mata, jatuh harga, kalo pakai spek, mahar pun kena murah"[mcm tu la kire2nye kate die].. Memang aku terasa hati dengan kata2 tu, tapi aku diam aje..X cakap ape2.. Tapi bila dengar kata2 ust,Subari ni..buat aku semakin bersemangat..

Kalo ust kate 3 wajah, bagi aku, aku bagi 4 wajah dari persepsi aku.. wajah pempuan berspek mata ni berbeza bile..

1) Time pakai tudung+pakai spek
2) Time pakai tudung+xpakai spek
3) Time x pakai tudung+pakai spek
4) Time x pakai tudung+xpakai spek ..

haha..[nak sedapkan ati..so..same2 la kite pakai spek ye..banyak kelebihannye..:)..... Alangkah beruntungnya kelebihan yang Allah bagi ini pada mereka yang bertudung ni, berbanding mereka yang x bertudung litup, hanya satu wajah sahaja mampu diberikan kepada suami..Kalo nak ubah pun, ubah stail rambut lain2.. Fikir2kanlah sahabat..Menjadi bonus bagi sang suami, dapat melihat kecantikan si isteri dalam banyak wajah.. kalo bosan tengok yang ni, tukar yang tu.. Mcm channel tv.. hak2.. [kalo aku jadi lelaki, aku cari yg berniqab..tambah satu wajah=jadi lima..:) ]...

Kadang2 fikir, kalo pempuan ni, banyak je songeh, banyak je org mengkritik.. Tapi kalo laki lak pakai spek, xde pon org kritik..Xde pun org bising.. Aduhai.. Ape2 pun, aku terima kekurangan dan kelebihan masing2.. N terpulang kepada pandangan individu.. Segala yang aku coretkan adalah pandangan peribadi semata..:)

Apapun kena ingat dan sentiasa waspada.. Diakui sebaik2 perhiasan di dunia ialah wanita solehah..Namun seburuk2 fitnah di dunia adalah bermula dari wanita juga.. Pilihlah jalan mana yang mahu kau tempuh.. Jalan yang lurus atau jalan yang bengkang bengkok.. Tak apela andai kau berpayah@bersusah2 dahulu untuk jaminan hidup di belakang hari...Tapi, perlu diingatkan jua.. Apa guna jika sekadar bertutup litup, tapi perangainye MasyaAllah amat buruk...Seolah2 hanya ingin menutup bangkai dengan kain yang sejengkal.. Ditutup di kaki, nampak di atas, ditutup pula dimuka, nampak yang lain pula.. Alangkah baiknya elok kedua2nya..Akhlaknya+Tutup auratnya.. Itula sebaik2 wanita..Sekadar renungan bersama..Aku pun xtau dikategorikan kat mana, moga2 Allah limpahkan akhlak yang baik untukku selalu..Aku berpendapat.. Xpe perangai kasar[tapi berpada2 la sebab pempuan]..Tapi janganla mulut jahat[laser]..Orang x ske, Allah pun marah, mudah pula dapat dosa [xckp pada sapa2]..kalo ade yg terasa.. Ampun dan maaf dipinta...

Okla.. Sekian coretan hari ini..Rase letih datang.. Permisi dulu....Adios!!..











;;