Blogger Layouts

Pages

21 April, 2008

Suamiku


* Sepasang suami isteri yang telah mempunyai 3 orang anak, sedang berbual sambil menonton TV di dalam bilik mereka. Si isteri bertanya kepada suami beberapa soalan.

* Isteri : Bang, kalau saya mati dulu, abang kahwin lagi tak?

* Suami : Abang rasa, abang mungkin kahwin lagi. Kerana, anak-anak kita perlukan orang yang boleh beri perhatian. Makan minum abangpun adalah orang yang sediakan.

* Isteri : Habis, kalau abang kahwin lagi, abang kasi ke dia duduk rumah kita.

* Suami : Yelah. Sebab rumah ni mahal, takkan nak biar kosong macam tu saja?

*Isteri : Abang kasi ke dia guna bilik, kita, toilet kita?

* Suami : Ya yang, sebab takkan abang nak buat bilik lain khas untuk dia. Nanti bilik ni, membazir pulak.

* Isteri : Abang kasi ke dia pakai almari kita?

* Suami : Ye yang, almari kita ada 4 pintu takkan nak bagi org lain pulak.

* Isteri : Abang kasi ke dia pakai katil kita?

* Suami : Terpaksalah yang. Sebab katil kita tu baru saja beli sebulan.

* Isteri : Baju tidur saya, pijama dan towel saya?

* Suami : Takkan itu abang dan bagi kakak & adik awak. Jadi,daripada tak dipakai, lebih baik kalau abang kasi dia saja.

* Isteri : Handbag saya, kasut saya, golf set saya?

* Suami : Itu tak boleh, sebab dia suka handbag warna maroon,kasut dia saiz kecil daripada awak, saiz 5, golf set tak boleh sebab dia kidal...

* Isteri: @#$%????!!!!!

* Suami: (Dalam hati)Alamak!!

0 Comments:

Post a Comment