Blogger Layouts

Pages

26 Mac, 2011


Entah mana yg mahu ku mula..
Entah dri sudut mana harus dilakar..
Sebuah cerita yg xakan habis..
Sampai ke titik penentunya..

Setelah lama x mendengar berita..
Pegi ke kem yg tiada line seantaranya..
Buat kan aku jahil segala..

Baru tadi aku tahu..
Perkhabaran berita yang menyentak kalbu..
Kawan sekolah menengahku, eksiden
Baru bergelar pengantin baru..
Yang buat aku menangis tak mahu berhenti lalu..

Fiey,
Moga kamu kuat ye!
Menghadapi segala ujian yang Allah berikan..
Dugaan pertama kamu bersama suami mu..
Tatkala baru kenal erti hidup bersatu..

Fiey,
Aku ingat waktu itu,
Bulan 12 tahun lalu,
Kita berjumpa di Jakel Masjid Jamek..
Sama2 mencari baju kahwin,
Kau nak buat jubah,
Aku nk buat baju kurung..
Walau duduk disebelah menyebelah,
Sambil mengukur kain baju,
Aku xperasan,
Sehingga kau menegur aku..

Sungguh Fiey,
Aku ingat kamu,
Berjumpa hampir sepuluh tahun terpisah,
Akhirnya ketemu jua di kedai itu..

Kita sama2,
Gembira menanti hari bahagia,
Kau bakal bersatu di bulan 3
Aku pula,
Lambat sedikit 2 bulan darimu..

Sempat lagi,
Kita saling mengucapkan tahniah,
Antara satu sama lain,
Tanda gembira,
Dengan bakal perubahan fasa masing2..
Dan itu ,
Kali terakhir aku bertemu denganmu Fiey,

Sekarang,
Kau terlantar lemah,
Di hospital,
Yang aku x tahu nasibmu..
Aku mohon perlindungan dri Allah,
Buatmu dan suami,
Mogamu kembali sihat,
Dan ceria selalu,
Seperti Fiey yang ku kenal selalu..

Bila aku teringat dirimu,
Dengan pantas aku terkenangkan diriku,
Begitu emosi menggangu,
Lantas air mata mula menerjah mengganggu,
Sungguh aku pilu,

Kenapa aku sendu?
Kerana kita sama2 merasai dahulu,
Meniti sebuah perjalanan,
Menanti sebuah noktah,
Dengan pernikahan,

Dan kau lalui semua itu,
Sekejap cuma,
Dan di uji Tuhan,
Dengan hakikat ketentuanNya..

Aku pula..
Tak tahu masa depan ku Fiey..
Rasa bimbng juga menerjah Fiey,

Sebab manusia,
Hanya merancang,
Allah jua menentukan,
Aku berharap,
Waktuku nanti berlalu,
Dengan baik2 saja..
Apa2 pun Allah lebih tahu,
Apa jua pengaturanNya..

Aku tahu Fiey,
Ujian yang Allah berikan itu,
Sekadar untuk menguji kamu,
Suami isteri,
Saling dekat dan mengotai,
Janji susah senang hidup bersama,
Yang sama2 dilafaz itu Fiey..

Aku xtahu Fiey..
Masa depanku Fiey,

Ntahla Fiey,
Aku buntu,
Moga aku baik2 saja,
Dgn dia,

Iya,
Baik2 saja..
Walaupn aku skrg,
Xterasa,
Apa ertinya rasa,
Meniti erti penikahan,
Dan segalanya..

Kau doakan aku Fiey..
Kuat sepertimu..
Tabah sepertimu ya!..
Aku takut aku jatuh..
Dan aku lari..
Sebelum tiba saat waktunya..

Allah bersamamu FIey..











;;