04 Mac, 2010
KUALA LUMPUR 2 Mac – Kerajaan akan menimbangkan untuk mewajibkan semua guru bertugas di kawasan pedalaman antara tiga dengan lima tahun daripada tempoh perkhidmatan mereka. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kumpulan sasaran untuk menyahut cabaran itu ialah guru-guru yang masih belum berkeluarga. Katanya, langkah itu akan menjadi satu bentuk dorongan dan cabaran baru kepada warga pendidik untuk bertugas di kawasan pedalaman di atas dasar khidmat sosial kepada negara. Beliau berkata, cadangan itu bertujuan mengatasi masalah penempatan guru di kawasan pedalaman yang menjadi salah satu cabaran besar yang dihadapi Kementerian Pelajaran pada masa ini. “Dalam tempoh 30 tahun guru berkhidmat, mungkin boleh antara tiga ke lima tahun dari tempoh itu mereka memberi perkhidmatan di kawasan pedalaman. “(Ini) sebagai satu kewajipan, bukan sebagai satu pilihan dan ini memang perlu kita lihat,” katanya. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian sewaktu ditemu bual dalam rancangan Agenda Awani yang disiarkan oleh stesen televisyen Astro, di sini malam ini. Sementara itu, Muhyiddin berkata, kerajaan sebenarnya telah menyediakan beberapa bentuk galakan untuk guru bertugas di kawasan pedalaman seperti elaun sara hidup maksimum RM1,500 sebulan. Bagaimanapun, katanya, yang lebih penting ialah kesungguhan dan kesediaan warga perguruan untuk berkorban demi anak bangsa. “Kalau semua nak pergi ke kawasan bandar, tidak ada pihak yang bersedia untuk berkorban mendidik anak- anak di pedalaman. Ini adalah satu kepincangan dalam sistem (pendidikan) kita,” katanya. Dalam pada itu, mengenai arahan mewajibkan setiap pelajar sekolah menengah dan rendah mengambil satu jenis sukan bermula tahun depan, Muhyiddin berkata, pihak sekolah tidak wajar memberikan pelbagai alasan untuk tidak mematuhinya. Muhyiddin mengakui antara masalah yang ditimbulkan ialah sesetengah sekolah terutama yang tidak mempunyai prasarana sukan mencukupi seperti kemudahan padang dan kelengkapan. Beliau berkata, mereka masih mempunyai alternatif lain seperti menjalinkan kerjasama menang-menang dengan persatuan sukan, badan korporat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menggunakan kemudahan yang dimiliki oleh pihak berkenaan. “Sukan mempunyai prospek yang amat besar dan saya yakin ia mampu dilaksanakan serta pada masa yang sama, kerajaan sedia memberikan kerjasama sewajarnya. “Selain itu, kerajaan juga mempunyai tujuan bersifat serampang dua mata dalam melaksanakan dasar ini iaitu bagi menangani masalah terlalu ramai kanak-kanak yang mengalami masalah obesiti,” katanya Aku honestly... Takut jugak bila mendengar semua ni.. Seriously.. Kalau aku ikut kan hati..xingin untuk ke pedalaman... Selama ini dimomokkan guru lepasan Universiti, hanya akan bertugas di kawasan bandar..Bila terjadi begini.. terhantuk sendiri.. Semua ini amanah Allah.. Pergila ke ceruk mana pun ..Maka laksanakanlah tugasmu sebagai seorang daei...Kalo aku fikir, kalau memang Allah dah tetapkan aku bertugas di sana.. Aku redha.. Tapi memakan masa dalm 3-5 tahun..Andai sampai jodohku dalm 3-5 tahun itu.. Ada cahayamata..Suami jauh di sana.. Gi mana kabarannya hidupku?? Kalo suami yang dimiliki memahami.. alhamdulillah...tapi jika yang x betah berjauhan, gi mana? aku pun ikhlasnya, kalau dah berkeluarga, x sanggup rasanya hidup berjauhan sampai menjangkau 5 tahun...Dugaan ni..Bukan ku memilih..Cuma memikirkan kemungkinan2 dugaan yang bakal dihadapi.. Apa2 pun aku bertawakal pada Allah... Dia yang mengtahui segala2nya.. Persoalan ini ditimbulkan oleh sahabatku..Takut.. Nak cari calon cepat2 jugak.. Takut pegi ke pedalaman.. Seriously,.. kalo dulu, aku memang takut..Tapi sekarang.. Aku x kisah.. Andainya jodoh belum sampai, aku redha di hantarkan ke sana.. Kerana aku teringat azam ku tika pertama kali ditemuduga untuk menjadikan guru, persoalan yang sama ditimbulkan oleh sang penemuduga.. Aku dengan yakin, menjawab aku x kisah.. Hakikatnya memang begitu.. Bila semakin dewasa, semakin dikuatkan azam, ditambah dengan motivasi seseorang.. Aku amat diperlukan oleh mereka yang memerlukan.. X perlu penting kan diri.. Yang penting, kejayaan bangsa sendiri di titipkan dan diharapkan.. Nah itu lah jawapanku.. Jangan di tanya2 lagi.. Kalo tiba jodohku saat ni.. Aku juga tak menolak..Mungkin Allah nak ubahkan nasibku x mengajar ke pedalaman.. Mungkin nasibku di tempat lain, mengajar dan berbakti........Tapi x ble nak dijadikan sebagai perkahwinan itu sebagai alasan.. Apa2 pun semua itu Allah yang tentukan.. Bila Dia berkata jadilah, maka jadilah atas kehendaknya.. Bukan atas kehendak manusia.. Walaupun seteliti mana manusia merancang dan mereka.. Kawan2... Bersabarlah...... Kita bukan siapa2 untuk menentang, dan bukan sapa2 untuk merancang...Bertawakallah kepada Allah.. Dialah sebaik2 tempat memohon pertolongan... :)Wajib bertugas di pedalaman?

Labels: Berita
.jpg)


