Blogger Layouts

Pages

09 Mac, 2010



Surat untuk pemandu/sesiapa yang x bertanggungjawab..

Saudari/saudara yang aku rasa x layak dipanggil pelajar universiti.. Aku nak kamu dengar ape aku nak luahkan..

Nak cerita macam mana? Nak di ulas dalam situasi mana? Nak di perihalkan keadaan yang ntah aku sendiri x tahu ape2? Macamana ia berlaku? Bila ia terjadi? Kenapa ia berlaku? Aku x tau!!!!!!!...Yang aku tau, dah bertempek begitu.. Patutla hati rasa nak bawak kereta hari ini.. Rupanya ada orang yang menabur sesuatu di kereta aku.. Sedarkah kamu wahai orang yang lari dari mengakui kesilapan, bukan senang aku nak dapat kereta tu.. Biarla org kata.. " Ala, kete stakat kereta kancil je, ape kisah..?".. Alahai.. Kamu x tau ape yang aku tahu, ape yang aku rasa.. Apa yang aku tanggung?? Walaupun sekadar kancil, itu harta ayah aku, bukan aku.. Aku dah diberikan tanggungjawab untuk menjaga amanah itu.. N ayah aku dah berhempas pulas, pulang dari Labuan semata2 nak servis kereta untuk aku, servis sana sini, tukar yang itu tukar ini.. Semata2 aku.. Sebab sygnya ayah pada aku... Sudah tentunya aku akan jaga barang pemberian ayah dengan sebaik mungkin.. Aku tau banyak mana pengorbanan ayah pada aku.. Ingat aku kaya ke sebab aku pakai kereta? Ingat aku ni berharta ? Kalo aku x praktikal kat sini, aku pun tak teringin nak pakainya.. Lebih baik pakai motor semata.. Senang..Minyak pun 5 inggit seminggu.. Tapi kerana ambil beratnya ayah pada aku, ayah beri macam2 untuk aku, agar aku selesa dan dapat menjalani praktikal dengan baik.. Tapi sanggup sungguh kamu wahai org yang aku x kenali menghiris hati aku.. Kemek kan kereta aku.. Walaupun sedikit, aku tetap rasa banyak.. Kau dah calarkan hati aku, sungguh.. Kau buat aku sedih sungguh hari ini.. Kau buat aku x bersemangat nak bentang.. Kau hampir buat aku menumpahkan air mata kesedihan.. Aku kecelaruan..

Orang yang xdikenali..
Kalo kau tahu erti kemanusiaan, n ingin menebus kesalahan, ape salahnya kau mengakui kesilapan, tinggalkan notis tanda kekesalan.. Aku, kalo orang mengakui kesilapan, aku dengan sendiri akan memaafkan.. Aku pun tau erti sebuah perikemanusiaan... Hati aku xkan menyumpah yang bukan2.. Kalo sekadar marah, akan sejuk kemudian.. Tapi kenapa kau lepaskan.. Segala kesilapan.. Dan menyusahkan aku yang kesempitan.. Aku bukannya kerja wahai kamu di sana.. Aduhai.. Tiap kali aku masuk kereta, perasaan sedih mengundang tiba.. Tak sanggup rasanya mendengar keluhan kereta yang merana, Berkeriak keriuk tatkala dibuka.. Dan semakin segan membuka pintunya.. X boleh buka, di tarik2 luas2,, bimbang pula buruk padahnya..

Aku nak kamu disana sedar.. Bukan aku x berduit nak ketuk bodi kereta.. Cuma sekadar terkilan cuma.. Dan rasa terkilan di dada.. Aku rasa aku x menyusahkan sapa2.. Sepanjang aku berkereta.. Sesiapa yang mahu ditumpangkan, aku menerima dengan hati terbuka.. Tak ku sedar ada yang cemburu buta.. Dan melempiaskan rasa di dada, dengan cara yang sebusuk rupa.. Kau sedarkah orang disana.. Kalo ko memang berniat nak menganiaya, Allah ada melihatNYa.. Tapi jika kau tak tersengaja terlanggar atau terundur kereta.. Minta2 kau sedar selalu wahai sang buta.. Buta sebab x nampak kereta ku yang dah duk tersedia.. Dunia ni berputar sentiasa, sekejap di atas, sekejap di bawah semula.. Masa kau kena nanti, mgkin aku dah tiada.. Bila kau nak meminta maaf, aku pun x tau nak cakap apa.. Sebab Allah yang menentukan segalanya..

Duit, bukan segala2 nya.. Hati budi, tanggungjawab dan kesedaran itu lebih bermakna.. Jujur mengaku silap, aku x akan menghukum penuh derita.. Sekadar tazkirah sekejap, dan senyum semula.. Tu pun kau masih berfikir segala.. Alahai.. Bertaubatlah banyak2 wahai kamu di sana..

Ayah.. maafkan anakmu.. X kan ku cerita padamu.. Kerana aku takut kau menghukum ku.. Dan kau bersusah hati padaku..Tapi tunggulah satu hari nanti kau bakal tahu juga.. Masa2 kau pulang ke pangkuan kami semua..

Apa2 yang berlaku.. Aku maafkan kamu yang x aku kenali.. Pinta jangan buat pada orang lain lagi.. Bimbang kau akan dimaki, xtau lagi apa yang bakal di buat lagi.. Di sepak terajang time tu aku dah tak amik peduli...

Dengarlah nasihat aku ini.. Aku redha.. Sedih sekejap perkara biasa.. Hidup perlu diteruskan, Ape perlu dikenang2.. Dah Allah ckp cantik kereta ku sekejap.. Sekejapla yang aku rasa nikmatnya.. Mungkin ada hikmahnya... Aku x tau.. Tapi aku cuba berlapang dada.. Berlapang dada, hati x sakit, jiwa pun x kacau..

Aku pesan pada kamu dan diri aku sendiri, hidup biar berjasa, jangan sekali2 menyusahkan orang.. Biar malu di dunia, mengaku kesalahan, dimarah kafarah dosa, dari malu di akhirat, di khalayak semua.. MasyaALlah.. teramat malu..

Sekian.. Harap kamu mengerti dan fahami..

Terima kasih.. Moga Allah memberkatimu dan membukakan hatimu mengaku kesalahanmu.. Amin..

Dari..
Tuan punya milik,
Kereta kancil Warna Silver
TAC 4245
Tarikh perasan kereta dilanggar :9 Mac 2010
Tarikh suspek kereta dilanggar 7@9 Mac 2010

0 Comments:

Post a Comment