17 Julai, 2010
Aku bukan sang penyajak..
Aku hanya ingin..
Meluah rasa...
Pada dia..
Seorang lelaki..
Lelaki..
Pelengkap sebuah kehidupan..
Bagi seorang wanita..
Yang telah di tetapkan di luh mahfuz..
Untuk hidup bersama..
Melayari bahtera..
Dalam kehidupan..
Di dunia..
Lelaki..
Yang ku inginkan..
Bukan seorang kekasih..
Bukan sekadar kawan..
Dan bukan sebagai teman berbicara..
Namun...
Aku inginkan..
Seorang lelaki bergelar suami..
Yang halal bagiku..
Kerna ku tahu..
Jika lelaki itu suamiku...
Nescaya dia juga teman paling rapatku...
Juga sahabat baikku..
Pendengar setiaku..
Dan penenang jiwaku..
Juga kekasih hati ku...
Dalam menggagau mencari..
Hadirnya kamu
Seorang lelaki sejati..
Yang bukan sekadar lelaki..
Tetapi boleh membimbing diri ini..
Dan boleh menerima diri ini..
Lelaki itu..
Bukan seperti yang dulu-dulu..
Bukan penabur janji palsu..
Bukan seorang pemain lagu rindu..
Tetapi sang setia yang menunggu..
Dan telah lama menunggu..
Dan akhirnya..
Menemui aku..
Dia..
Lelaki itu..
Seorang yang berdaya maju..
Yang membuatku hormat tunduk selalu..
Penuh visi dan misi yang dipandu..
Berpendirian teguh selalu...
Dalam mengejar sebuah ikatan hubungan yang padu..
Badai melanda menikam kalbuku..
Cuba di cungkil apa yang berlaku..
Aku tahu itu silapku..
Maafkan ku..lelaki
Hatiku tahu..
Aku bukan seperti yang kamu mahu...
Aku tahu itu..
Lelaki..
Aku tahu aku selalu membuat dirimu berkelana selalu...
Bila aku merajuk..
Kamu tak tahu memujuk..
Dan tidak sanggup untuk memujuk..
Aku tahu itu..
Bagimu..leceh semua itu..
Lelaki itu..
Bukan suka melafazkan kata-kata sayang..
Bila sekali dilafaz, aku terawang-awang...
Kerana aku tahu , itu yg di rasakan..
Dari lubuk hati yg dipendam..
Lelaki..
Aku x minta aku di tatang manja..
Aku x minta di belai ..
Aku tahu kamu kekok dgn semua itu..
Yang aku minta..
Fahami aku..
Lelaki..
Aku redha...
Andai aku bukan pilihan mu..
Kerana aku tahu..
Bukan sifat ini yang kau mahu..
Bimbang akan membuatmu buntu..
Apapun wahai Lelaki..
Aku akan tetap sayang kamu..
Setulus hati aku..
Tak putus doaku untuk mu sehari-hariku..
Dengan air mataku..
Berdoa segala-galanya tentang mu..
Aku bimbang berlaku apa-apa padamu..
Aku Fikir makan minummu...
Tiada di hati ini selain darimu..
Dan kaulah lelaki pertama..
Yang menjadi kewajipanku..
Mendoakanmu di samping doa untuk ibu bapaku..
Lelaki...
Walaupun apa yang berlaku..
Aku tetap bersamamu..
Aku tak tahu..
Kenapa aku begitu ..
Tapi sedar lah wahai lelaki..
Aku selalu yakin dgn petunjuk Allah untukku..
Dan keyakinan itu akan sentiasa bersamaku..
Perbezaan itu amat memeritkan..
Bila titik persamaan itu di rungkai...
Bahagia menanti..
Maafkan aku lelaki...
Andai aku..
Selalu memeningkan hati, jiwa dan perasaanmu..
Aku..
Sang pencinta..
Yang tidak sempurna..
Labels: Surat Buat Bakal Suamiku
0 Comments:
Subscribe to:
Catat Ulasan (Atom)

.jpg)


