13 Mac, 2011
Salam sayang dan salam kemaafan..
Atas dasar kasih sayang, aku masih lagi menjengukkan diri di blog ini yg bersawang bagai.. Salam kemaafan padamu, kerana tiada kesempatan untuk meng'update' segala aktiviti yg dilakukan pd tahun 2011 ini..
Bukan x de masa, cuma kemalasan menghimpit diri, kesibukan dalam segala persiapan, apatah lagi aku akan menghabiskan sisa-sisa pembelajaran di UKM tercinta ini InsyaAllah pd akhir bulan 4 ini.. Doa2kan aku.. Dan satu lagi tanggungjawab bakal aku pikul, iaitu membuat persiapan untuk hari itu dan selepasnya...
Syukur kepada Allah, aku masih lagi menghirup udara segar yang membuat aku sedar bahawa aku hamba-Nya, bernafas atas izin-Nya dan menjalankan segala aktiviti dengan kehendak-Nya..
Aku bukan pandai melakar puisi, apatah lagi melakar kata-kata yang sedap di dengar.. Tapi aku tetap akan menulis sekadar yang aku mampu.. Alhamdulillah hari ini selesai sudah ibadat puasa aku yang pertama.. Qadha'.. InsyaAllah, esok akan aku teruskan mengikut kemampuan ku.. Aku bimbang seandainya aku masih x qadha' puasa, nnti akan menyusahkan aku di kemudian hari..
Dalam meniti hari, banyak yang aku perhati, banyak yang perlu diperbaiki dan cuba mencari sesuatu yang aku x cari sebelum melangkah pergi ke fasa yang lain..
Ya.. Aku bakal melangkah ke fasa perkahwinan insyaAllah. Ku akui, hubungan ini bukan seperti hubungan pasangan yang lain, dan banyak yang perlu di jaga.. Aku selesa dengan hakikat itu kerana aku sedar nikmat selepas kahwin sebuah perkahwinan yang di batasi syarak itu amat manis..
Perhubungan 2 insan, banyak dugaannya.. kadang rasa ingin disayangi, kadang ingin meluahkan.. kadang ingin mendengar kata2 syg.. Tapi bila teringat hakikat BATAS itu, aku cuba sedaya upaya mengawalnya.. Jangan Ayu, jangan.. Biarkan begitu.. Biarkan perasaan itu berlalu..
CUMA, terkadang aku terimbas kenangan waktu yg aku fikir boleh dikategorikan JAHIL.. Mengikut perasaan., Bila baca balik YM dulu2, rasa geli sendiri.. Ya Allah, aku lalai rupanya.. Alhamdulillah perkara itu dapat di cegah sebelum terlambat.. dan aku bahagia InsyaAllah..")
2 hari ini aku belek2 balik YM n segala yang diberi oleh Dia.. Terfikir sndiri, selama ini, aku tanpa selindung ceritakan semua pada Dia tentang diriku dan segala yang aku lalui dulu.. Tanpa menyedari walaupun dia pun sama, tapi hakikatnya aku xpernah bertanyakan hal itu.. Nape ye?? Jeles ke?
Tapi skrg aku cuba bertanyakan hal itu, just untuk tau, dia ckp 'jgn cuba2 korek semula apa yg dia dh kuburkannya..'.. Hurm.. (Serius aku nk tau) Kalo dia kata dia dah lupa, bgi aku no hal kalo citer pn....
InsyaAllah, aku tetap percaya kannya... Kalo itu kehendaknya, aku turutkan... Peace No War..:)

Labels: Diariku
0 Comments:
Subscribe to:
Catat Ulasan (Atom)
.jpg)


