Blogger Layouts

Pages

14 Mac, 2011



Bismillahirrahma nirrahim...

Malam ini,
Pena menari lagi
Mengikut rima dan rentak laguku..
Pinta ku,
Moga kau mampu memaafkan ku dengan baik-baitnya andai mengguris hatimu,

Buatmu bakal suamiku,

Hakikatnya,
Tidak terdetik untuk meluahkan apa yang terbuku,
Namun, perlu diakui, hati ku begitu terganggu,
Sementelah aku bertanya pada pdmu tika itu,
Tentang gadis yg pernah hadir dalam dirimu,
Jawapanmu, kelu namun disebut slalu,
Dia adalah yang terbaik yang pernah hadir dalam hidupmu,
Cukup lengkap dari akhlaknya, agamanya serta yg kau mahu,
Tapi sayang dia bukan milikmu,
Dan dalam pada itu datangnya aku,
Amat jauh sekali sifatnya tetapi AKU tetap pilihanmu...

Bakal penyeri hidupku,

Aku akui,
Aku ingati,
Kata2mu, Dia hanya satu-satu sepertinya..
Benar2 Menyentap hatiku,
Meragut jiwaku,
Merembeskan air mataku,
Menangisi pengakuan itu,
Aku tak marahkan dirimu,
Aku cuma sedih,
Kerna aku tak seperti itu,
Dan aku tak mampu untuk menjadi seperti itu,
Serta tak mampu menerima pujian darimu..
Namun,
Kata2 membaiki diri sentiasa berlegar dibibirmu,
Untukku..



Buat kamu,

Walaupun aku begini,
Kau tetap begitu,
Memilihku,
Terima kasih padamu,
Menerimaku menjadi suri hidupmu,
Dan InsyaAllah ibu kepada bakal anak-anakmu,
Ketahui la olehmu,
Aku boleh lupakan segala yang berlaku,
Antara kamu dan dia, dia dan aku dan segalanya..
Setelah ijab dan kabul menjadi penentu,
Dan aku menjadi halal bagimu

Cuma pinta ku bakal suamiku,

Jangan kau bandingkan aku dan dia pabila aku menjadi milikmu,
Kerna aku x sekuat meratapi semua itu,
Hati ku begitu kecil untuk menerima tamparan itu..

Bakal suamiku,

Aku tahu apa kurang ku,
Aku tahu apa lemahku,

Namun kelemahan itu, tidak menjadikan aku, nampak lemah di hadapan orang,
Namun kekurangan itu, dapat kusembunyikan pada mereka..

Hakikatnya, aku x mampu sembunyikan segala2nya darimu,
Bila tiba waktu penyatuan itu,
Semakin lama semakin jelas tampak kelemahannya,
Aku mohon padamu, bakal suamiku..
Jangan lah kau terdetik hati menyatakan menyesal bersamaku,
Tolonglah aku,
Nasihatilah aku,
Aku mendengar, walau mungkin aku membantah,
Aku menurut, walau luaran aku buat tak endah..


Bakal suamiku,

Jika terlihat dariku kelemahan,
Tutupi lah dengan bunga-bunga keindahan,
Baiki lah ia dengan rasa kasih sayang,
Moga-moga ikatan ini berpanjangan,
Bersama-sama rasa kesyukuran,

Andai ada lagi,
Pengakuan setulus hati,
Setelah diriku menjadi milikmu,
Kepingin hati menerjah,
Masihkah ada bait2 indah untukku,
Menyatakan yang aku terbaik untukmu,
Seperti yang kau nyatakan tentang dia padaku dulu...?
Andai masih kau simpan, aku sudi menerima..
Walau aku si penerima yang kedua,
Walau hakikatnya kata2 tak layak untuk menggambarkan diriku..
Yang sebenarnya..

Ikhlas.. Bakal Isterimu.






0 Comments:

Post a Comment