Blogger Layouts

Pages

16 Mac, 2011

Hari ini berlalu seperti biasa..

Cuma tadi petang, setelah aku selesai mamam nasi, my mummy calling me n bertanyakan khabar.. Ma tau aku x sihat.. Ma ceritalah keadaan di Terengganu, hujan tak henti2.. Dapur di rumah aku pun khabarnya dinaiki air.. (tak banyak sikit je)..

Ma aku ni jenisnya, tak akan call kalo takde keje.. Kalo saje2 call tu, amat jarangla melainkan ada isu yang nak dibualkan..

Ma bagitau, adikku, Zulhelmi, ade kontak kakak aku yang kawin lari tu, melalui FB.. Ingat x dibalasnya, tpi ma kata Dawati reply.. Ayah pernah menyuarakan hasratnya untuk menjemput dia ke majlis aku.. Tak sangka begitu advance adik aku memaklumkan pada dia..

Dalam perbualan mereka, Emi maklumkan aku nak kawin dan suruh mereka balik ke rumah, tapi apa yang mendukacitakan, Dawati kata dia betul2 rindu akan keluarga, tapi suaminya yang jahat, mengong hayun tu tak benar kan dia balik langsung.. Siap mengugut untuk ambil anak nya kalo Dawati balik ke rumah ibu bapa..

Antara perbualan yang buat aku tersentuh, Dawati bagitau Emi,dia menyesal jadi begini.... Sekarang hidupnya tak habis2 ditimpa masalah.. Apa tak nya,, ma aku menjadi mangsa , Jabatan Pendaftaran Negara duk tefon ma aku, kate Dawati x daftar lagi surat beranak anaknya.. Dan masuk 2 tahun lebih.. Cheh!!. Nak daftar menatang ape!.. Surat nikah kahwin mak bapaknye pun made in Siam.. Tak laku di MALAYSIA da.. Tu la orang kata, Menyesal dulu pendapatan, Menyesal kemudian tidak berguna ..

Apapun, aku akui, apabila dia kata menyesal, aku rasa xmarah sebab dalam sekeras2 hati, masih ada sekelumit rasa menyesal, itu merupakan satu petanda yang baik..

Aku xberhak menghukum.. Walau satu ketika dulu aku menghukum kerana dia menjadi penyebab segala kehancuran keluarga aku, aku sendiri yang terkontang -kanting.. Tapi, tatkala aku dengar, yang dia btul2 kebuntuan menghadapi masalah yang tak habis2 melanda, aku sendiri sedar, Allah itu maha Adil.. Dia lebih berhak menghukum dan aku rasa dia sudah terhukum, maka itu sudah cukup bagi dia..

Aku disini, mendoakan dia dari jauh, tak ingin bermusuh, dan ingin yang terbaik untuknya. Yang lepas biarkanlah lepas.. Cuma jangan diulangi lagi..



Sekadar gambar hiasan

0 Comments:

Post a Comment