26 Februari, 2010

"Rasulullah dalam mengenangmu,
Kami susuli lembaran silammu,
Pahit getir perjuanganmu,
Membawa CaHaya kebenaran,
Engkau taburkan pengorbanmu,
Untuk umatmu yang tercinta,
Biar terpaksa tempuh derita,
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya,
Tak terjangkau tinggi pekertimu,
Tidak tergambar indahnya akhlakmu,
Tidak terbalas segala jasamu,
Sesungguhnya engkau rasul mulia,
Tabahnya hatimu menempuh dugaan,
Mengajar erti kesabaran,
menjulang panji kebenaran,
terukir namamu di dalam Al-Quran,
Rasullah kami umatmu,
Walau tak pernah melihat wajahmu,
Kami cuba mengingatimu,
Dan kami cuba mengamal sunnahmu,
Kami sanjung perjuanganmu,
Walau kita tak pernah bersua,
Tapi kami x pernah kecewa,
Allah dan rasul sebagai pembela,
Huhu..Senyum sendiri [sambil mengomel2 terkenangkan kenangan aku mula2 melangkahkan kaki ke Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Terengganu mase tahun 2003 [kalo x silap perkiraan].. Rindu..Tiba2 di ragging oleh kakak senior, suruh buat ape yg aku tau...Ape yang aku tau?? Of course menyanyi...Lagu Nasyid..InsyaAllah mampu..[kurniaan Allah diberikan suara yang agak boleh 'tahan'],:) [sape2 yg bace entri ni jgn termuntah ye] hak2.. Time tu ingat lagi Kakak Qilah suruh aku nyanyi..So aku pn nyanyi lagu Rasulullah[sbb sblm tu aku jd solo kumpulan nasyid skolah mase sambutan Maulidur Rasul,so ingat yang tu je]...
Menyanyi dengan penuh semangat dengan harapan lepas tu, kakak tu akan turunkan tandatangannya kat buku signature aku untuk dihantar kepada fasi pada waktu yang ditetapkan.. Bile abis nyanyi Kak Tiey cakap kat aku " Sore adik sedap la"...Huhu..kembang kempis idung penyekku mendengar pujian dari Kak Tiey.. N bile aku lak jadi senior, aku dikenali dengan kakak yang tegas, jarang senyum, ketua disiplin.{bagus lakunanmu}..Xde sape yg berani mengambil signature ku..Ade yg berani, aku suruh diorang panjat balkoni [sbb time tu aku buang pen yg ade kat tangan aku luar balkoni, so suruh adik2 amik]..diorang pn memanjatlah dgn penuh semangat..[dlm hati kesian tp aku kena jaga status ketua biro disiplin yg aku pegang]...Ade yg sorang datang bilik aku time aku dah angkat baju...Baju2 aku letak atas katil..So ape yg aku buat? Ape lagi kalo x aku suruh diorang lipat baju2 aku sampai abis..Memang dilihat luaran, aku agak kejam, disuruh adik2 jalan itik depan banin, sampai ade yang menangis2 mengadu pada kakak2 senior yang lain,, tp aku xde perasaan sebab memang aku ditugaskan oleh TYDP sebegitu..Namun, hakikatnya, aku x sekejam itu adik2 sekelian.. Aku masih lagi Kak Ayu yang lembut, sopan santun dan berbudi bahasa, yang suka gelak kuat2 ..[hak2]..Tu lakonan semata2..Alhamdulillah, selepas minggu suai kenal, mereka baru tahu perangai aku yang sebenar, baru diorang berani bertegur sapa denganku..Apapun berlaku.. Kak Ayu mohon maaf jika ada silap dan salah sepanjang Kak Ayu bersama kamu dulu2 kala...[ampun banyak2]..
Semua tu kenangan kan!..Awat ni tiba2 rase sebak..."Aku rindu kamuk semua!!"....Rindu kenangan dulu sgt2..:( Mahal sungguh detik2 waktu tu..X mampu untk dibeli oleh segunung emas dan berlian..Itulah manisnya sebuah ukhwah yang berlandaskan syariat Allah.. Moga2 ukhwah kita akan berpanjangan sampai bila2..InsyaAllah..
Opss..Maaf ...Aku dah lari topik..Sebenarnya, aku nak ucapkan Salam Maulidur Rasul , salam kelahiran Nabi junjungan kita yang amat disanjungi, disayangi oleh umat Islam, umat Nabi Muhammad s.aw...Maaf hanya nak menegur...Sepatutnya, hari yang mulia ini, kita perbanyakkan dengan amalan dan mengingati Nabi s.aw, bukan tido di bilik, memandangkan hari ini jatuh sebagai cuti umum..Aku pula, bukan niat nak tidur sepanjang masa di bilik, Alhamdulillah , tdi keluar juga dari kepompong bilik kesayangan aku ni, survey2 jalan ke UNITEN untuk program hari Ahad ni.. dan syukur kepada Allah..tak tersesat sedikit pn berbekalkan dengan map yang aku rujuk di internet sebelum berangkat pergi.. Memang aku ada terfikir, kenapa ya hari ni aku x dengar pn ada perarakan/perbarisan Maulidur Rasul kat UKM ni?? Adakah aku x sedar atau sebaliknya?? Ntahla..Tapi yang pasti..Malam ni aku nak pergi /join Konsert De tour Tahfiz [kalo xsilap aku] bertempat di padang Pavilion UKM dari pukul 8.30 sampai 11 malam..

Dalam perjalanan menuju ke UNITEN tadi[walaupn rasa gusar dihati kerana aku ni blh dikatakan pemandu yg amatur not profesional], banyak input2 yang aku dapat dripada radio IKIM.FM berkaitan maulidur Rasul ni.. Apa faedah kita meraikan hari ini? Adakah ia sama saja dengan hari-hari yang lain? Bagaimana cara kita nak meraikan maulidur rasul ni? adakah hanya dengan menghadiri perarakan semata?
Apa yang aku sempat2 curi dengar[sbb nak fokus drive]...Nabi Muhammad itu merupakan rasul kita, dan kita sebagai umatnya, haruslah menghargai jasa+perjuangannya menyebarkan Islam dan berdakwah menegakkan syiar Islam di atas muka bumi ini.. Hasilnya, lahirlah kita di kalangan umatnya, yang beragama Islam , jika tidak.. mungkin kita ni di lahirkan dalam keadaan sebaliknya[musyrik+kafir=nauzubillah]...Hari kelahiran nabi, seluruh penduduk Mekah meraikannya, pelbagai peristiwa-peristiwa yang pelik berlaku sewaktu kelahiran Nabi Muhammad..Oleh yang demikian, jika umat dulu begitu menghargai kelahiran Nabi Muhammad, hari kelahirannya, apatah lagi kita umat akhir zaman ini, malahan amat perlu dan bagi pendapat aku, wajib untuk meraikannya [bukan sekadar bercuti shj]...Perbanyakkan dengan amalan, bersalawat ke atas Nabi.. Moga2 usaha kita yang sedikit ini, dilimpahkan pahala oleh Allah sebanyak2nya...
Bagaimana cara untuk menyambut Maulidur Rasul ini, ??Adakah hanya sekadar pergi perarakan, bersalawat ke atasnya , kemudian bila dah selesai, balik ke rumah dan ter'congok' menonton TV saja??? Tepuk dada, tanya iman anda... Bagi aku, semuanya bergantung niat sendiri.. Jika kita boleh bersedekah Al-Fatihah pada orang yang telah meninggal dunia, kenapa Rasul sendiri amat kedekut sekali umat kini untuk bersalawat ke atasnya??? Fikir2kanlah teman/ sohabah... Aku rasa, bersalawat tu just a basic things.[x perlu dibayar atau di ambil tiket untuk menyebutnya]...Kalau ada forum atau ceramah tentang Maulud Nabi ni, jika ada kelapangan atau kesempatan, tunjuk2kanlah muka anda, timbul2kanlah rasa+minat+pupuk dalam dada...
' Jika nak di ulas bagaimana cara untuk menyintai Rasul, aku bukan 'ahli' dalam menterjemahkannya.." Namun... kita sering dengar hadis ni berdegar2 di bacakan orang di merata2 tempat..
Rasulullah pernah bersabda: "Sesiapa yang tidak mengamalkan sunnahku, maka dia bukan dikalangan umatku"
Mengamalkan sunnah yang di amalkan oleh Rasulullah juga merupakan salah satu cara untuk menunjukkan rasa kecintaan+kasih sayang kita kepada Nabi junjungan kita, Muhammad s.a.w... Rase nak tergelak aku bila dengar radio tadi. ade seorang pendengar menalifon, dan mengatakan nak amalkan amalan rasulullah, salah satunya kahwin.. Ini memandangkan banyak isu yang timbul [buang anak+sumbang mahram+dll] yang menyumbang kepada kemerosotan masyarakat Islam dan kemunduran dakwah Islam sekarang.. Memang dari segi positifnya aku menyokong pendapat pemanggil tu kerana berkahwin itu adalah perkara yang disunnahkan oleh Rasulullah.. Tapi dari aspek negatifnya.. Aku terfikir "Apasal la die x cakap pasal lain je, asyik kawin je isu utama yang timbul, sedangkan banyak lagi sunah2 Rasulullaah yang boleh diperbincangkan/boleh dirungkaikan.."..[senyum kemewek aku]huhu...
Sebelum aku akhiri entri ni..sape2 yang rindu kan Rasulullah, boleh jenguk 2 video nasyid yang amat2 aku suke ni untuk halwa telinga sohabah.....:)
HIJJAZ (RASULULLAH)
HIJJAZ (DIA KEKASIH ALLAH)
Labels: Diariku
0 Comments:
Subscribe to:
Catat Ulasan (Atom)
.jpg)


