Blogger Layouts

Pages

26 Februari, 2010

Monolog seorang hamba






Terfikir...adakah dosa yang selama ini dilakukan akan diberi pengampunan oleh Allah? Merintih , menangis , pada sapa melainkan pada Dia..Teringat2 kesalahan2 yang bermain2 diruangan mata..Seolah2 tep rekoder yang sentiasa memutar2 dosa semalam.. Ampuni hambaMu ya Allah..Aku khilaf..

Memujuk hati...Allah beri kan sesuatu ujian pada hambaNya yang Dia sayang..Untuk uji sejauh mana ketabahan dan ingatan kepadaNya...Bersyukur, kerana Allah masih berikan kesempatan untuk membaiki diri, yang hampir lalai dek mengejar dunia, lantaran menghukum pencipta sendiri , kerana merasakan ketidak adilan pada hukum karma dunia..Tapi Allah x merajuk dengan perbuatan aku, xmenganggapku dah terdelete dari golongan hambaNYa, masih memberikanku ruang-ruang kesedaran..Akhirnya nampak terang nyata dan aku tau kini Allah masih menyayangiku..

Bila ditanya, apa dosa yang dibuat sehingga kamu merintih2 memohon ampun? Dengarlah kamu " Bukan hanya perlu memohon ampun apabila dosa besar yang dirasakan tiada pengampunan dilakukan, baru sedar pada Tuhan..Tapi hakikatnya, dosa -dosa yang kecil yng sehari-hari dilakukan, dijadikan mainan bibir, pun perlukan muhasabah diri dan keampunan...Kerana apa???Kerana kita ni manusia.. Nama pun manusia daripada masdar Nasiya iaitu "yang pelupa"... "

Pada Allah aku datang , aku tahu padaNYa juga aku dikembalikan.. Namun yang pasti, kembalinya aku padaMu ya Allah pada satu hari yang engkau mengetahui nanti, Aku mohon janganlah matikanKu melainkan dalam agamaMU....Janganlah Kau matikan hatiku..Sehingga aku hidup bagai bangkai yang x bernyawa....Aku mohon...

Aku..yakin padaMu Ya Allah...Aku berterima kasih padaMu Ya Allah..Aku bersyukur padaMu Ya Allah..kerana Kau kembalikan aku seperti dulu....

Rahmat Allah itu luas..Hidayah Allah juga melangit tinggi.. Gapai la rahmat Allah..Pasti ketenangan akan dirasakan, bermaknanya kehidupan... Apalah diharapkan dengan pandangan mata manusia, fikirkanlah pandangan Allah setiap masa..Bagaimana ibadahmu hari ini, Allah pandang ke? Bagaimana tingkah laku hari ini? Allah marah ke aku sbb aku tercakap pasal di polan..??Bagaimana pandangan Allah pada aku? Nah...bila sentiasa memikirkan semua itu, cahaya iman akan menyusup masuk ke sanubari, hati menjadi takut untuk melakukan perkara yang bukan2, mata sentiasa di jaga untuk mengelak terlihat yang macam2..Semuanya kerana satu....UNTUK MENJAGA PANDANGAN ALLAH TERHADAP KITA..

Tak perlu mengharap pada manusia... Kerana manusia milik Allah semata.. Mintalah pada pencipta mereka.. Jangan merayu pada mereka yang belum tentu akan menerima kita lantaran bongkak dan angkuh dengan nikmat dunia.. Mohonlah pada pemilikNya...minta restu dan izinNya, dengan cara sebaiknya, yakinlah Allah itu maha mendengar, segala yang kita pinta..Jangan berputus asa kawan.....Yakin +Tawakal =kunci sebuah kejayaan...:) Percayalah..usah diragui kehebatan Dia..usah digusar2 kebesaran PENCIPTA..Nescaya, datanglah apa-apapun dugaan dunia, kamu bisa menempuhnya, dengan hati terbuka, tanpa mengeluh kesah seperti dahulukala..INSYAALLAH!!!

p/s: Teringat kata-kata ustaz.." Berdasarkan ayat AL-Quran..Dekatnya Allah dengan makhluknya seolah2 berada Allah itu di antara tengkuk2 kamu"..masyaAllah.. betapa dekatnya Allah...sedarkah kita???kalo belum, sampai bila? fikir2kanla sohabah..



"Ya Allah ampunkanlah dosa-dosaku...Ya Allah redhakanlah kehidupanku...Moga terhapus penghijab kalbu...Antara kau dan aku.."
-inteam-keredhaan-

2 Comments:

  1. Tanpa Nama said...
    Salam... Bicara hati yang menyentuh kalbu hamba... Moga kiter sebagai hamba sentiasa reda dan mengharap atas ketentuan yang telah ditentukaan olehNya...
    sweety said...
    Salam..syukran ukhti :) moga kita sama2 muhasabah diri kita sentiasa..Amin

Post a Comment