25 Februari, 2010

Teringat..tu yang mampu aku ungkapkan ...Pengalaman bersama pesta Konvo 2 tahun berturut2 menerbitkan satu perasaan yang x boleh dilafazkan dari kata-kata.. satu perkara yang bermain difikiran "PENGALAMAN TU AMAT MAHAL"...
Ape yang buat aku teringat semua yang aku tinggalkan kerana masalah yang aku sendiri langsung x duga.. Aku faham Idah memahamiku tapi bagaimana dengan yang lain..
Aku sedar, selama aku berkecimpung dengan Pesta Konvo, result aku yang tinggi giler2, jadi sederhana walaupun x teruk..Kalau ikut perasaan, ingin diulangi masa tu, baiki balik diri ni.. catch up pelajaran+handle program baik2.= As a result...aku dapat kedua2nya dengan cemerlang.. Sebab idahla, aku rasa nak luahkan ape aku rasa..Ye , dalam minggu ni Idah selaku ketua aku dulu ajak aku reunion geng2 Pesta Konvo 36 kat Pulau Tioman this 13.3...Mungkin memakan masa 3 hari..Tapi Idah, maafkan kakakmu ini, atas keterlanjuran yang telah akak buat, dan kesannya beri kepayahan pada kamu semua..Atas alasan itu, aku menolak baik perlawaan Idah tu walaupun aku tau mereka mengharapkan aku, sebab aku dulu adalah ajk yang baik..
Bermula dengan menjadi ajk program yang Hardcore...Belajar urus program, jdi pengarah program dalam masa yang singkat...Belajar segalanya...Marketing+buat proposal+manage segala2nya+pengangkutan+makanan+publisiti=everything..buat aku sedar betapa bernilainya pengalaman aku dengan Pesta Konvo. Atas sebab itu ,mereka melantik aku menjadi exco pada tahun seterusnya, dan program yang aku handle antara program yang terbesar di UKM..aku pegang dan berusaha dan akulah pengarah yang pertama boleh mengambil peserta yang paling ramai untuk pertandingan Debat Timbalan Naib Canselor berbanding pengarah-pengarah yang lain.. Teringat pujian dari Cikgu daripada sekolah Tun Abdul Rahman.."Debat tahun ni paling baik setakat saya hantar pasukan".. Memang aku layak terima pujian itu setelah aku berhempas pulas , x balik rumah dan menangis xhenti2 mengenangkan segala yang telah dipertanggungjawabkan..
Terima kasih Pesta Konvo..Walaupun aku xsempat nak menghabiskan tugas aku dengan penuh maruah, tetapi aku akan aplikasikan ilmu yang aku ade sepanjang aku belajar siang dan malam di bilik pesta,supaya x menjadi sia-sia...Buktinya, tanpa pesta konvo, aku masih lagi boleh berdiri di kaki sendiri, buat program, cari marketing sendiri tanpa gunakan mesin faks pesta, mesin fotostat n telefon di pesta..............
Tanpa mu Pesta Konvo UKM..aku x mampu untuk menjadi diri aku sekarang..Terima kasih semua................
Labels: Diariku
0 Comments:
Subscribe to:
Catat Ulasan (Atom)
.jpg)


